THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Sabtu, 23 Mei 2009

YDP PAS P.Pauh arah jangan undi PKR


DI AMBIL DARI WEB ALAHAI FAIRUZ
.
Bukan setakat memboikot jentera pilihanraya, bahkan ahli-ahli PAS Permatang Pauh dilarang keluar mengundi. Jika mengundi juga, ahli PAS hendaklah merosakkan undi, atau mengundi calon lain selain PKR bagi memastikan calon Umno ( jika bertanding) menang.

Arahan lisan itu dikeluarkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan dalam perjumpaannya dengan Jawatankuasa PAS Kawasan Permatang Pauh, baru-baru ini.

Menurut sumber parti itu, Omar mengeluarkan arahan itu apabila disoal oleh salah seorang daripada AJK PAS berhubung kedudukan jentera pilihanraya parti itu dalam pilihanraya kecil Penanti.

Omar yang juga Pengarah Pilihanraya PAS Pulau Pinang, dikatakan 'membetulkan' jawapan daripada Ketua Cawangan Mengkuang Titi, Ustaz Khalid, yang menjawab soalan berkenaan sebelumnya.

Sayap Pemuda dan Muslimat kawasan berkenaan turut mengambil langkah yang sama, meskipun Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang secara jelas mengeluarkan kenyataan PAS menyokong dan akan membantu PKR.

PAS kawasan itu, sebelum ini secara terbuka menuntut kerusi Penanti diserahkan kepada parti itu.

Menjadi rahsia umum, pimpinan PAS yang diterajui Omar sejak sekian lama tidak mempunyai hubungan yang baik dengan PKR.

Pada pilihanraya 2004, Omar bersama Pengarah Pilihanraya PAS negeri ketika itu Mazlan Ismail, pernah mengadakan 'road show' secara terbuka, menyeru ahli-ahlinya memboikot PKR Pulau Pinang.

Ketika itu mereka menuntut agar PAS diberikan kerusi yang lebih termasuk menuntut kerusi Penanti, dan akan meletakkan calon di Parlimen Permatang Pauh dan bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru.

Bagaimanapun PAS pusat tidak memenuhi tuntutan itu, apabila sebahagian akar umbi PAS menghantar memorandum kepada pimpinan tertinggi parti itu, menolak tindakan pemimpin mereka.

Kerusi Penanti tetap diberikan kepada PKR melalui calonnya Anwar Shaari yang ketika itu Ketua Bahagian PKR Permatang Pauh.

Bagaimanapun, akibat gerakan terbuka anti PKR itu, kerusi Penanti berjaya dimenangi Umno melalui Datuk Abdul Jalil Majid yang sebelum itu disandang calon PKR Abdul Rahman Kadir.

Sementara Dr Wan Azizah hanya mampu bertahan dengan majoriti 590 undi untuk kekal sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Anwar ketika itu masih di jerejak besi penjara Sungai Buloh.

Kongres Parti Sosialis Malaysia ke-11


Kongres Parti Sosialis Malaysia ke-11 kembali lagi pada 29-31 Mei 2009 di Toh Bo Kong, Ipoh. Kongres PSM adalah terbuka kepada ahli-ahli PSM dan pemerhati

BALADA SEORANG LEBAI KAMPUNG KU.

Al kisah maka tersebutlah cerita seorang lebai di kampong aku yang teramatlah warak adanya. Lebai ini kononnya belajar sampai luar Negara di dalam bidang jualan kuih muih. Setelah pulang dari luar Negara lebai ini pada ketika itu belumlah menjadi lebai adanya. Oleh kerana dia seorang yang pemalas ibnu baloq maka tidaklah dia mencari kerja untuk menampung hidupnya yang melarat itu melainkan mengharapkan ehsan daripada adik beradiknya sahaja. Setelah tidak tertahan lagi saudara maranya menangung makan dan minumnya yang pelahap itu maka si lebai mulalah berniaga kuih di tepi jalan. Maka di kutipnya kuih dan nasik lemak pada mak cik makcik di dalam kampong untuk jualanya itu.

Memandangkan si lebai yang belum menjadi lebai ketika itu adalah seorang yang berpendidikan tinggi maka terasa aib olehnya untuk menjadi penjaja kuih di tepi jalan. Maka di upahnya budak budak untuk menjadi hambanya menjual kuih dan nasi lemaknya. Setelah habis jualan kuih maka si lebai ini pun mengupahlah budak-budak yang di jadi hambanya itu dengan 2-3 ringgit. Yang sedihnya sampai sekarang upah yang di janjikan belum berbayar. Sudahlah menghambakan budak itu gajinya pun tidak di bayar. Sekarang budak itu sudahlah tidak menjadi budak lagi adanya.

Cetera tidak membayar hutang itu tidaklah berakhir di situ saja tetapi betapa sedihnya rasa hati bila makcik-makcik yang bangun jam 3 pagi kerana membuat kuih pun tidak di bayarnya. Seorang kakak yang membuat nasi lemak untuk lebai ini memberitahu bahawa si lebai ini berhutang dengannya hampir RM2.000.00 (RINGGIT MALAYSIA DUA RIBU), Seorang makcik si lebai ini berhutang dengannya RM300.00 lebih. Yang bestnya dekat aku pun si lebai ini berhutang RM300.00 lebih. Issh tersangatlah ramai nya jika hendak di hitung betepa si lebai ini menzalimi orang yang membuat kuih dan nasi lemak untuknya.

Pada satu tahun di bulan ramadhan si lebai ini teringinlah di hatinya untuk berniaga untuk mereka yang ingin bersahur maka di jualnya nasik putih dan telor goreng. Tersangatlah tidak lalunya tekak ini untuk menjamah nasi telor goring si lebai yang belum lebai ketika itu. Seperti menjual kuih tidaklah mahunya si lebai ini menunjukan mukanya yang tak hensem itu kepada orang ramai bahawa dia seorang penjual nasi telor goring maka di upahlah pulak seorang untuk menjadi hambanya. Di suruhnya si hamba yang hina itu menunggu sehingga pagi dan pulanglah si lebai untuk berangan gadis mana yang bakal menjadi suri hatinya. Di cerpenkan cerita maka habislah sebulan umat islam berpuasa maka tibalah saatnya umat islam menyambut hari raya.. Betapa sedihnya si hamba yang telah menghambakan dirinya sepanjang malam di bulan puasa tidaklah pula mendapat upah seperti yang dijanjikan oleh si lebai yang belum lebai ketika itu. Si lebai yang belum lebai itu teramatlah zalimnya melebihi si kapitalis yang memerah pekerjanya. Maka untuk tidak terus menceritakan kezaliman si lebai yang belum lebai ini adalah di rasakan adalah teramat baiknya jika kisahnya yang belum lebai itu di tamatkan di sini dan di sambung pula dengan ceteranya setelah menjadi akan lebai adanya.

Sebelum meneruskan kisah-kisah kehebatan si lebai ini adalah sepatutnya di ceritakan bahawa tidak pernahlah adanya kaum hawa yang berminat pada si lebai ini kerana sifat pemalas tahap lapannya itu. Si lebai ini juga mempunyai satu kebolehan luar biasa iaitu seperti kuasa yang di miliki fantastic 4. Namun kelebihan serta power yang di punyai oleh si lebai ini mengatasi segala yang ada di muka bumi ini iaitu kuasa imaginasi sexs yang teramatlah hebatnya. Mungkin kerana terlalu suka menonton VCD lucah atau secara bahasa omputihnya Blue Film maka begitu banyakalah koleksi VCD prono yang boleh di dapati di rumahnya. Semakin banyak di tontonnya VCD lucah maka semakin tinggilah kuasa imaginasi yang di perolehi oleh si lebai ini.

Entah macam mana pada satu ketika bertukarlah rupa si lebai yang belum lebai ini menjadi seorang lebai. Setelah menjadi lebai terminatlah dia pada seorang gadis yang wajahnya bolehlah di jarakan antara planet paling jauh dengan bumi jika hendak di buat perbandingan dengan si lebai ini. Maka di hantarlah sms yang berbunga-bunga kepada gadis ini dan di tunjuklah akan gadis ini pada diriku ini akan sms lebai yang merayu rayu itu.

Seperti lagu “Apo Kona Eh Jang” nyanyian Elly Noor dan Mastura tidaklah berbalas cinta yang mewangi si lebai ini dengan guru itu. Maka berjumpalah akan lebai ini dengan si dukun untuk menelek nelek akan nasibnya mungkinkah akan terbuka lagi hati si gadis untuk dirinya itu.. malang bertimpa-timpa bila sudahlah cintanya tidak berbalas, bertunanglah pula si gadis dengan seorang jejaka pilihan hatinya. Semakin hari semakin hiba rasa hati si lebai mengenangkan usianya semakinlah tua adanya.

Walaupun telah di sunting bunga di taman tetapi si kumbang yang berlebai ini masih juga tergila gilakan bunga yang menjadi milik orang itu. Di hantarnya sms merayu rayu si gadis menerima akan cintanya itu. Berbekalkan madah madah pujanga yang dikutipnya dari buku kembang setaman si gadis setiap hari di pujuk untuk bersamanya . semakin hari semakin gelisah bila mengenangkan burung kesayangan tidak hinggap di jantung hatinya. Sehingga kini si lebai terus membujang dan dari ramalan sang penilik kemungkinan besar awang si lebai ini akan kempunan di dalam seluar dan terasa amat tersiksa dengan urutan minyak lintah yang selalu di amalkan oleh si lebai sexs ini.

Bersambung pada episode akan datang dengan cerita SMS sexs lebai dengan seorang gadis bernama Salmi dan Lebai sexs ganggu tunangan orang. Jangan lupa lawati lagi blog ini untuk kisah malang lebai sexs. Tungguuuuuu…………

GAMBAR GAMBAR SEKITAR PERNAMAAN CALON PRK DUN PENANTI.

Dari jam 8.30 pagi hingga jam 11 pagi.

Kira-kira 2,000 penyokong telah mengiringi calon dari PKR Prof. Dr Mansor Osman. Aku tiba di sana jam 8.30 pagi. Keadaan tenang dan kenderaan tidak banyak seperti hari-hari lain jika di adakan penamaan calon di sini. Tempat penyerahan borang calon pada kali ini di adakan di IKBN dan tiada lagi di maktab Tengku Bainun seperti selalu. Hanya terdapat 3 batang bendera PAS yang mengiringi calon PKR selain bendera DAP yang berada di sebelah bertentangan dengan penyokong di sebelah kiri pintu masuk IKBN. Setakat jam 11 4 calon bebas telah menyerahkan borang percalonan termasuk calon Bebas yang bertanding di PRK Bukit Gantang baru-baru ini. Namanya aku tak tau.. Sempat lagi dia tukaq IC dia di Negeri Pulau Pinang. Emmm elok lah tu bila dah jadi warga Penang ni boleh la bercampoq dengan gang2 dan anjing anjing Dajalyudin. Depa ni memang anti anwar dan kuat perkaumannya. Pasti anjing anjing dajaludin ni akan undi anda.


Ketua pengarang harakah dan wartawan harakah Penang Sabri Said.

Bekas calon Bebas Parlimen Bukit gantang turut serta menyerahkan borang percalonan.

Mahasiswa dan Team Jerit Penang membawa simbolik kerusi. Sebelah kiri sekali saudara Jordan pegawai khas kepada Adun Bukit Tengah.. Kerusi sebagai simbolik kepada sokongan ADUN Bukit Tengah Ong Chin Weng untuk memberi kerusi penanti kepada ketua Pemuda Pas batu kawan yang tak lulus SRP kah kah kah.







Latifa koya. Dulu Sosialisme sekarang ntah apa idiologi… Antara orang PRM yang masih berada di dalam PKR. Itu pun sebab dia ni ada nama sikit. Gang PRM yang lain semakin lupus dengan ketamakan kuasa sesetengah pimpinan PKR.

Ketua Pas dan matan ketua Pas cawangan kampong aku…. Emmm ingat ingatlah anta berdua adalah saksi utama ketika bertemu allah di mahsyar nanti.

inilah 3 batang bendera PAS yang di bawa penyokong. Tok Guru kata undilah calon PKR. Gang-gang dajalyudin kata kami nak boikot… haaaa nampaknya kealiman gang dajaiyudin ni melebihi Tok Guru.. Hari tu kata nak masuk bertanding kat prk ni awat muka hampa tak nampak pun… Mungkin setelah mendapat nasihat dari pakar hukum hakam Prof. Dr Mat Sopi bahawa pilihanraya ini tidak syaraie maka depa tak jadi masuk kot… Prof. Dr Mat Sopi pun bukan calang-calang nak keluaq hukum dia pun kena dapat nasihat daripada Lebai Zan Sexs Mania dulu….





















Isnin, 18 Mei 2009

Basikal Kempen Jerit Di Pulangkan tanpa tayar belakang.

Pada 12 may lalu Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah telah memulangkan basikal yang telah di gunakan semasa Kempen rakyat pengayuh perubahan anjuran Jerit tahun lalu. Setelah 5 bulan berada di stor polis kini basikal yang telah di bakar sewaktu singgah di Yayasan Aman Penanti di pulangkan tanpa tayar belakang. Menurut pegawai polis yang bertanggung jawab tayar basikal itu di ambil untuk siasatan lanjut… entah apa yang nak di siasat aku pun tak tahu. Sedangkan yang membakar basikal tersebut ialah dot dot dot itu sendiri.


Basikal selepas di serahkan kembali oleh pihak polis tanpa tayar belakang


Basikal sewaktu sebulum di ambil oleh pihak polis di Yayasan Aman Penanti

Pahlawan Liberasi:Parti Komunis Malaya




Beberapa hari dahulu,Malaysia meraikan “Hari Pahlawan” yang bertujuan mengenangkan “wira-wira” yang mengorbankan diri demi negara. Siapakah wira-wira beliau?tentera serta polis yang mengorbankan diri demi mempertahankan ibu pertiwi dari “ancaman gerilla komunis”,yah,bermakna komunis itu adalah jahat & mereka yang menentangnya baru berhak dijadikan wira pahlawan negara mulia ini.Perang saudara komunis itu digelar sebagai ancaman?Betulkah jika dicaci teruk macam ini,manakah bukti? Cuba kita membaca buku teks sejarah sekolah menengah,komunis itu membunuh peladang,bunuh polis,baker rumah,mengebom landasan keretapi,bunuh rakyat,jikalau semua ini adalah benar,apakah sebabnya?Tetapi kita tidak melihat sebarang pengajian ,bahkan terus dimomokan oleh kerajaan yang bergelar sebagai“patriot” sendiri.

Zaman peperangan adalah pembunuhan antara dua kumpulan,siapa yang betul ataupun salah sebenarnya tidak dapat disangka.Malaysia merupakan tempat penjajahan British imperialisme yang mengekspoitasikan rakyat Malaya & rakyat utara Borneo,Komunisme sebagai ideology yang progresif,berikrar untuk berjuang demi kemerdekaan Negara dari pihak British.Tengoklah zaman penjajahan kejam rejim Jepun,British yang takut mati itu sudah sedia melarikan diri dan meninggalkan Malaya begitu sahaja,hanya gerilla MPAJA yang kebanyakkannya orang cina yang berani menentang dengan tentera Jepun serta kempeitai sejak regim itu dibina,Force 146 yang dianggotai oleh British dan ahli-ahli KMT cuma semasa Jepun sudah hampir kalah pada Perang Dunia ke-2.MPAJA pernah dianugerahi pingat pahlawan setia oleh pihak British selepas PD2,tetapi akhirnya ia dikhianati oleh British & konco-konco pengampu orang tempatan,Parti Komunis diharamkan sebab Britain dan pihak barat telah bersedia menghalang segala “ancaman merah” dari USSR.

Jika sesuatu parti politik diharamkan begitu,dan matlamat mereka tidak dapat ditujui lagi,apa lagi boleh mereka buat?MPAJA ditubuhkan untuk menentang penjajah,jadi penentangan melalui senjata merupakan tindakan revolusi mereka untuk memenangi kemerdekaan Malaya,seperti apa yang Mao Tse-Tung kata:“revolusi bukan sekadar belanja tetamu makan sahaja”,proses revolusi adalah melalui penentangan yang kukuh terhadap semua penjajah untuk meliberasikan tanah air kita.Pada tahun PKM diharamkan,suatu persidangan di Johor telah menentukan perjuangan revolusi secara keras melalui perang anti-kolonial yang bertujuan kemerdekaan,Angkatan Anti-British Rakyat Malaya(MPABA)pertama kali ditubuhkan dan kemudian ditukarkan nama kepada Ankatan Liberasi Rakyat Malaya(MPLA/MRLA/MNLA).Bukan yang politikus kerajaan kanan yang pandai bercakap Malaysia ini dibina dengan aman,adakah zaman darurat itu aman?Tentera British memaksa kaum Cina tinggal dalam kampung baru yang dijaga ketat oleh mereka,kadang kala membunuh orang yang disyaki komunis tetapi tidak bersalah langsung,hanya politikus yang pro-penjajah dia orang itu yang hidup dalam keadaan aman semasa kolonist British memerintah.

Terutamanya Kemerdekaan Malaya yang diberikan oleh British,bahawa parti politik yang memerintah negara ini kesemuanya parti politik perkauman berhala yang kanan yang disetujui oleh penjajah.Walaupun zaman darurat tamat pada 60-an,tetapi akta-akta kejam yang menyekat perpaduan dan hak bebas rakyat telah diwarisi sampai sekarang,sebenarnya ancaman komunis pada masa itu tidak lagi begitu “mangancam” kerana gerilla telah berundur sampai ke sempadan Malaysia-Thai(“The Little Long March”),pengacam komunis sebagai alasan untuk memanjangkan kuasa kukuh besi mereka seperti menyekat parti kiri serta menangkap pemimpin buruh & mengugut rakyat. Memang benar polis-polis ini semuanya boleh dikira sebagai “wira”,begitu juga FRU yang menindaskan hak demonstrasi rakyatlah itu.Zaman perjuangan keras angkatan PKM semakin lemah selepas 70-an selepas pemimpinya Chin Peng larikan diri ke China & selepas satu “pembersihan parti”(purge)besar yang mengakibatkan PKM dipecahkan kepada Centrist,Marxist-Leninist dan Revolution Fraction .Di Borneo Utara pula,Angkatan Pembebasan Kalimantan Utara(NKLA)mengalami kelemahan juga setelah satu rovolusi gagal yang dipimpin oleh Azahari,ketua Parti Rakyat di Brunei.

Akhirnya pada 1989,Chin Peng sebagai setiausaha umum PKM mengistiharkan pembubaran angkatan MPLA dan parti mereka,ingat,mereka bukan menyerah kalah,itu sebagai satu penamatan penentangan(truce)sahaja,tetapi sejak itu,ancaman boleh dikira tiada lagi kerana PKM sudah dimusnahkan,dan sejak itu,kerajaan kanan ini terus lagi kemomokkan mereka terhadap PKM,dalam buku sejarah,program televisyen,ceramah yang mempromosikan mereka sebagai patrot yang mempertahankan negara ini,tentera negara didak dinafikan mereka betul-betul berani,kerana itu perang dan bukannya sekadar cakap main sahaja,politikus-politikus ini adalah tikus,bukan wira mahupun seorang pejuang,apatah lagi patriot lagi?Chin Peng & pahlawan MPLA masih tidak diberikan warga negara lagi walaupun mereka tidak berperang lagi,inikah negara aman dan demokrasi?Tidak hairanlah,dulu mereka anti-komunis haprak & benci politik kiri,mengharamkan orang membaca bahan ideologi kiri,jadi mereka masih takut akan komunisme akan bangkit semula di tanah Malaysia ini.

Jikalau kalian semua mengunjung ke Tugu Negara,janganlah beragak pandai bersalute ataupun mengenang budi tentera negara.Lihatlah orang yang dipijak bawah kaki tentera,semuanya pahlawan MPLAlah tu,mati berkorban lagi dihina oleh kerajaan kanan ini.Kita tidak mahu sebarang pihak-memihak,tetapi kita harus adil,tentera bahkan PKM,semuanya dikira wira dan pahlawan sejati yang tujuannya untuk mempertahankan negara ini,cuma ideology adalah berbeza,tidak bermakna PKM itu semua hantu jahat & tidak berperimanusiaan kerana menentang kerajaan & membuat kacau.Adakah kerajaan racist ini baik?50 tahun turut-turut,demokrasi hanya sesuai untuk dibenteng dan didebat sahaja,semuanya penipu.Dan cakap berbela demi kaum sendiri itu,kanapa kebanyakan masyarakat pekerja masih berada dalam keadaan miskin dan gaji minimum mereka tidak dituntut?PKM itu pahlawan liberasi,jangan kita diperbodohkan oleh sejarah palsu kerajaan & konco-konco serta racist yang menghina pilitik kiri dan beranggap ia sebuah ancaman & keji.PKM sejak dulu menentang Jepun,menentang British dan menentang kerajaan reaktionist,ini tidak dikira salah dan sepatutnya disanjungi,kerana PKM tidak pernah mengawasi dan menubuhkan kerajaan revolusi & membunuh rakyat,seperti USSR zaman stalin ataupun zaman revolusi-kultur di tanah besar,meraka harus disanjungi kerana mereka juga sekumpulan pahlawan!

Kerajaan tidak langsung mempeduli sumbangan PKM dahulu di negara ini,jadi mereka tidak mahu memulihkan & membersihkan nama jahat PKM,kerana “sejarah ditulis oleh pihak yang menang”,lagipun kerajaan bukan menang tapi menganggapkan sendiri telah menang habis.Saya sangat gembira kerana terlihat syarikat penerbitan seperti SIRD,21th Century dan lain-lain yang telah mencetak banyak buku-buku yang ditulis oleh komrad-komrad PKM dan pengajian terhadap mereka.Mereka mempunyai sejarah dan perjuangan sendiri,buku sejarah ala Kerajaan itu sebenarnya boleh dikira separuh sampah kerana sejarah sebelah PKM tidak ditulis dengan sempurna dan tuntut nilai adil sejarah,insiden 13 May juga sama.Buku-buku berkaitan dengan PKM dan perjuangan revolusi yang pernah saya baca,boleh saya mengesyorkan kepada orang yang minat mengetahui sejarah sebenar PKM :

1)alias Chin Peng:My Side of Story
2)Evergreen-The Road of MCP-Liu Jian Quan-Sin Chew Jit Poh(in Chinese)
3)Dialogue With Chin Peng:New Light on The MCP-C.C Chin & Karl Hack
4)Bagaimana rupanya Chin Peng?-Kao Nan Kang underground committee Thailand(in chinese)
5)Islam.Melayu.Komunis-SIRD
6)Memoir of Rashid Mahideen -SIRD
7)Memoir of PKM Central Committee member Ah Seng(several volumes,in chinese )21th Century
8)Memoir of Shamsiah Fakeh
9)Kenyataan di sempadan Thai-Malaysia(several volumes,in chinese)-Fang Shan-21th Century
10)Zaman angin & ribut kencang(about NKLA,in chinese)-Yu Dong-Law Yek Muk
11)From Pacific War to Merdeka-James Wong Wing On-SIRD
12)Fong Chong Pik: The Memoirs of a Malayan Communist Revolutionary
13) Gerakan dan Tokoh Kiri- Mohamed Salleh Lamry-SIRD
14) Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan-Mohamed Salleh Lamry-SIRD
15) Life As The River Flows- Agnes Khoo-SIRD
16) Memoir Abdullah CD – Zaman Pergerakan Sehingga 1948-SIRD
17) Serikandi Suriani Abdullah-SIRD
18.) “The Finest Hour”: The Malaysian – MCP Peace Accord In Perspective- Collin Abraham-SIRD