THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Ahad, 12 April 2009

Surat Tuan Guru kepada YB Nga berkenaan Ayat Al-Quran



YB Encik Nga Kor Ming
ADUN Pantai Remis
MP Taiping
Pejabat EXCO Negeri Perak, Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera
Yang Berhormat,



Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universi ti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.

* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS"

Sabtu, 11 April 2009

Abu Samah 1926-2009, Pemergian Seorang Lagi Revolusioner Rakyat

Pagi ini, kami mendapat berita bahawa Pak Abu Samah telah meinggal dunia kira-kira pukul 5 pagi (waktu Thailand) di Hospital Sungai Golok.

Seluruh kepimpinan Parti Sosialis Malaysia (PSM) sedih atas berita ini dan ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham dan juga kepada kawan-kwan seperjuangan beliau.

Abu Samah Mohd Kassim atau lebih dikenali sebagai Pak Abu Samah, cucu kepada Datok Bahaman adalah salah seorang revolusioner Tanah Air Negara kita dan terlibat dalam Perang menentang penjajah Jepun dan British. Beliau pernah menjadi ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1939, menyertai gerakan Anti Jepun pada tahun 1945, menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1946 dan bersama Parti Komunis Malaya (PKM) terlibat dalam menyertai perang Anti British. Pada tahun 1975, beliau telah menjadi anggota Jawatankuasa Pusat PKM.

Abu Samah pernah berkata, ” Perjuangan bersenjata anti-British merupakan intisari terpokok perjuangan kemerdekaan. Justeru kerana latarbelakang perjuangan yang besar inilah penjajah British terpaksa mempercepat proses pemerintahan sendiri dan kemudian mengiktiraf kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Akan tetapi, selepas kemerdekaan pejuang-pejuang kemerdekaan ini tidak diiktiraf oleh kerajaan persekutuan bahkan terus melancarkan perang terhadapnya sehingga berlaku perang dalam negeri yang berlarut selama 32 tahun”(Sehingga Persetujuan kedamaian pada 2 Disember 1989 ditandatangani).

PSM amat menghargai pengorbonan pejuang ini. Pada ketika ini, PSM berharap Perdana Menteri Malaysia yang baru Datuk Seri Najib berdasarkan semangat satu Bangsa akan membenarkan para pejuang kemerdekaan tanahair Negara pulang tanpa sebarang syarat sepertimana menghargai Persetujuan Damai di Haadyai, Selatan Thailand pada 2 Disember 1989.

Sudah tiba masanya, para pejuang Tanahair diiktiraf dan dibenarkan pulang.

Dikeluarkan Oleh

Dr. Nasir Hashim
Pengerusi PSM

S. Arutchelvan
Setiausaha Agung

Coretan PRK Bukit Gantang..

Aku berada di Bukit Gantang sehari sebelum hari membuang undi. Dengan bermotosikal aku ke sana hanyalah untuk memberi sedikit sumbangan kepada calon rakyat NB Nizar.. Biasalah orang yang tak berjawatan macam aku ni apalah sangat yang boleh membantu untuk mendapat kemenangan rakyat tapi cukuplah sekadar menjadi burung yang memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Kalau jadi gajah pun dok kat rumah dengan bersembang di kedai kopi pun tak guna. Hanya berani maki umno di depan orang pas tapi bila bertemu dengan orang umno bertukar pulak topiknya.. Kononnya politik tak boleh campur dengan masyarakat.

Sebenarnya aku sepatutnya bersama team PSM perlu ke Bukit Selambau tetapi hati terasa sangat hendak ke Bukit Gantang. Sampai di sana aku terus ke Markas Pemuda Chankat Ibol di kawasan DUN changkat Jering. Bersama ketua pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang saudara Hassan Halim, aku terus ke Kampung Sungai Petai kerana beliau mempunyai program di sana..Di sana sempat bertemu dengan bekas penceramah UMNO kelantan Ustaz Hamid Derani dan Ustaz Budak yang turut bersama berkempen untuk MB Nizar.
Coretan 1 ( Pengorbanan wang ringgit oleh penyokong PR)

Ketua DPPK Bukit gantang menceritakan bagaimana begitu ramai yang telah memberi sumbangan kewangan untuk membiayai prk ini. Antaranya ialah seseorang yang tidak mengenalinya telah menhubungi beliau untuk berjumpa. Setelah berjanji tempat dan waktu mereka bertemu dan apabila keluar saja dari kereta BMW penyumbang tadi terus bersalam yang di dalam genggamannya berisi wang.. Tanpa banyak bicara penyumbang tadi terus masuk kedalam kereta tanpa meperkenalkan diri. Begitu juga dengan seseorang yang juga tidak di kenali menalipon beliau untuk berjumpa kemudiannya memberi RM1000.00 kemudiannya berkata duit ini haram untuk PAS.!!! Duit ini adalah untuk membeli makan minum anak isteri anda kerana telah mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk pilihanraya ini. Kemudian memberi pula RM5,000.00 dan berkata ini adalah untuk PAS. Itu hanyalah sebahagian cerita bagaimana mereka2 yang mungkin tidak dapat bersama sama memberi masa dan tenaga tetapi telah membantu melalui wang ringgit yang mereka ada. Sumbangan mereka bukan kerana mengharapkan balasan jika kemenangan memihak kepada PR tetapi sudah pasti ianya ikhlas dari hati. Mereka boleh saja memberi sumbangan secara terang jika mereka mengharapkan sesuatu jika PR dapat memerintah semula Perak tetapi mereka tidak berbuat demikian hatta nama pun penerima tidak tahu. Mereka ini adalah burung2 yang telah bersama membantu memadamkan api Nabi Allah Ibrahim as.
Coretan 2 ( Hanya RM 10.00 ke Bukit Gantang)

Inilah yang menariknya bila aku hanya memberlanjakan RM10.00 saja sepanjang 2 hari di sana. Bukan kerana apa tetapi nak bagi taunya murah betul rezeki di sana . pergi kemana saja pasti makanan di sediakan. Setiba di Changkat Ibol di jamu dengan nasi daging lepas itu ke Sungai Petai di jamu pula cucur udang oleh tuan rumah jam 2pagi di jamu pula lemang oleh team PAS titiwangsa. Besoknya di jamu pula nasik merah oleh PAS kawasan Bagan Serai. Belum sempat lapar makan pulak nasik ikan masin. Lepas tu Ketua DPPK belanja pula koew Tiaw kerang… emmm lepas makan makan lepas makan makan. Cuma yang tak dapat rokok Gudang Garam saja kena beli sendiri, itu pun cukup murah hanya RM3.20 berbanding tempat aku RM4.00. Itulah yang bestnya dengan makanan. Alangkah serononya kalau hari2 ada pilihanraya betapa jimatnya belanja harian aku.


Bilik Gerakan PAS kawasan Bagan Serai tempat aku makan tengah hari..dan di bawah gambar
guru pasti kawasan bagan serai turut sama berkempen pada hari tersebut.

Coretan 3 (Kenangan bersama MB Nizar)

Paling bertuah ialah aku berkesempatan bersama team MB Nizar dalam membuat lawatan ke pusat2 mengundi di sebelah pagi. Dari riak wajahnya kelihatan beliau cukup terasa letih walau pun jam baru menunjukan 11pagi. Mungkin kerana tidak mendapat rehat yang secukupnya sejak dari hari namanya di calonkan untuk kerusi bukit Gantang namun senyuman tidak pernah lekang dari wajahnya dan beliau mengucapkan terima kasih kepadaku kerana menjadi wakil tidak rasmi Parti sosialis Malaysia (PSM) bersama membantu beliau. Turut bersama beliau ialah isterinya, ADUN Simpang Pulai YB Chan Ming Kai, Ustaz Idris Ahmad, Misbahul Munir dan beberapa team keselamatan bermotosikal. Aku mengambil keputusan untuk tidak bersamanya lagi bila sampai ke Peti undi Changkat Ibol kerana masih banyak gambar yang perlu aku rakamkan lagi untuk tatapan pembaca.

Coretan 4 (Bertemu Sarjan Polis Bukit Kepong )

Di sekolah Changt Jering aku berkesempatan bertemu dengan hero Bukit kepong senator Jins shamsudin. Sebelum jadi senator di zaman 70an Jins ni pernah juga jadi James bond lepas tu ntah macam mana dia beleh jadi talibarut british pulak dalam tahun 80an. Setiap kali sambut merdeka TV mesti tayang gambar Bukit kepong. Ehh apa kena mengena pulak dengan polis british dengan perjuangan kemerdekaan. Yang memperjuangkan kemerdekaan ialah Parti Komunis Malaya(PKM) bukannya polis. Polis dan tentera seperti leftenan adnan hanyalah barua penjajah British. Apa pun aku semapat bersemabng dan bergambar dengan beliau. Maklumlah jumpa artis.

Coretan 5 ( Ini lambang parti apa??)

Setiap kali aku melawat di pusat mengundi ramai yang memerhati aku. Bukan kerana aku ni tak hensem tapi kerana melihat lambang tangan kiri yang tertera di baju aku.. Ada yang tertanya2 dia ni parti belah mana? Kompenan BN ke? Pakatan rakyat Cuma ada 3 parti!! Ni parti apa? Begitu juga dengan penyokong BN tertanya Tanya aku ni sebelah mana. Seorang puteri UMNO terus bertanya aku ni parti apa? Tak pernah tengok pun.. Aku katakana padanya yang aku ni parti pingan mangkok. Itulah realitinya dengan pegetahuan am penyokong PR dan BN. Lambang parti yang mewakili 1 kerusi di parlimen dan 1 kerusi di DUN Selangor tidak mereka kenali. Parti berprinsip perjuangan yang jelas dan tidak salah aku katakana parti yang betul2 bersama rakyat marhaen.

Walaupun begitu bukan semua yang tidak mengenali logo tangan kiri ini. Aku sering saja di sapa oleh penyokong2 PR dengan memanggil aku Dr Jeyakumar.(merujuk kepada PSM yang di wakili YB Dr Jeyakumar.) begitu juga dengan MB Nizar dan Exco kerajaam Perak Ngeh Ko Ham dan beberapa pimpinan PKR yang menyambut aku dengan baik bila bertemu dengan mereka.


Coretan 6 (Orang cina sokong PAS)

Setiba di DUN Kuala Sepetang aku bertemu dengan YB Ngeh Ko Ham dan beliau mengajak aku bersamanya bertemu dengan pengundi cina di kawasan itu. Sememangnya jika 10 tahun yang lalu tidak akan terbayang yang kaum cina akan memberi sokongan padu kepada PAS yang di imejkan dengan extream. Di setiap kedai makan mereka mengibarkan bendera pas dan gambar Tok Guru Nik Aziz. Ketibaan Ngeh di sambut dengan riuh rendah. Inilah tandanya runtuhnya tembok perkauman yang selama ini menjadi benteng UMNO/BN berselindung. Kain2 rentang yang mengutuk MB Nizar sebagai barua cina menambahkan lagi marah orang cina kepada BN. Api perkauman yang di tiupkan oleh umno hanya termakan oleh penyokong UMNO dan melayu macam pemuda PAS Pulau Pinang sahaja. Di bangsal panas BN petugas2 BN secara berbisik menyatakan sokongan kepada MB Nizar. “Kami hanya cari duit saja tetapi undi kami tarak kasi pada BN” kata salah seorang petugas cina BN. Mungkin kita kata itu hanyalah lakonan mereka tetapi keputusan di DUN tersebut menterjemahkan isi hati mereka sebenar. 85% pengundi di situ mengundi MB Nizar.

Dah lama dahhh.. Siapa kata pak cik ni tak boleh berubah. Dulu dia undi kapal layer sekarang dia undid acing.. kan dah berubah tu….

Petugas di pondok panas Changkat Ibol memulakan tugas dengan membaca doa.

Gelagat MB Nizar di satu tempat mengundi.

Saudara Hassan Halim, Ketua Pemuda PAS Bukit Gantang.. Dialah yang pasang PA Sistem, dialah yang buat poster, dialah yang jadi pengerusi majlis dan dialah yang berceramah. Time ceramah sempat lagi lari pi ambik orang. Habis ceramah dia pulak kena kutip PA Sistem semula. Tapi tak pa tengok la perut dia..

Husam Musa sewaktu bertemu penyokong di Peti Undi Changkat Jering.

Aku dengan Senator Jins shamsudin @ sarjan Bukit Kepong @ James bond 001

Budak jantan dua ekoq ni memang kacau daun betul, belum sempat aku nak ayat awek ni depa pun mai tumpang sekaki.. pandai betui depa ni.. melepas la aku.

Kedai makan sentiasa penuh dengan penyokong parti.

Penyokong MB Nizar dari kaum cina di sebuah kedai kopi di sekitar Bukit Gantang

• Pekerja kaum India ini sanggup keluar dari kilang untuk turut serta memberi sokongan kepada MB Nizar.

Bilik Gerakan PAS Titiwangsa yang menjamu aku makan lemang… Tengkiu tengkiu

DAP Jelapang turut serta merayu undi di sana.

MB Nizar dan Isteri.

Mat rempit cina ni di suruh patah balik kerana membawa bendera PR tetapi di waktu yang sama mat rempit BN yang lalu di kawasan yang sama tidak pulak di suruh berpatah balik oleh pihak polis yang sama. Yang menjadi bestnya kat bukit Gantang ni depa ni naik moto tak payah pakai helmet walaupun depan polis.

Petugas dari Kelantan di peti undi Matang di ketuai oleh ADUN kemuning

Poster MB Nizar.

Puteri ni kira okey la jugak kalau nak di bandingkan dengan ketua depa yang gemuk gedempol tu.. Kalau ikutnya puteri2 yang kalah kenalah menjadi hamba sahaya kepada yang menang. Aku nak yang itu…. Aku nak yang itu…aku nak yang itu.

Rumah tempat aku bermalam.. Tengkiu tuan rumah yang baik hati.

Menyambut ketibaan Nizar di pusat mengundi.

Ustaz Sidek Noor turut berkempen di malam terakhir.

Wartawan Sinar Harian ni cun jugak… tak pa tak pa aku ada no dia….

Suasana di Changkat Ibol selepas tempat mengundi di tutup.

Selasa, 7 April 2009

MB NIZAR SEBAHAGIAN DARI KEBANGKITAN


Di antara debu, angin bersama
Pasir-pasir bertaburan di sana
Bersemadi langkah perjuangan
Bersaksikan kebenaran

MB Nizar, kau tak terasing
Tindasan berlaku
Jiwamu satria
Walaupun getir di tempoh jua
Dilaluan sutera
Mengalir ketenangan

Titis darah, mensuci kekufuran
Mengerat rasa kasih padanya

MB Nizar, kaulah pentas perjuangan
Indera alam, tertumpu padamu
Demikian kesetiaanmu
Perjuangan murni
Keagungan jiwa

MB Nizar, kau tak terasing
Tindasan berlaku
Jiwamu satria
Tak hiraukan kekejaman
Semakin tertekan
Iman makin terbukti

MB Nizar kaulah sebahagian dari kebangkitan

Gambar gambar sekitar PRK P59 Bukit Gantang


aku berpeluang bersama team MB Nizar dalam lawatan ke semua pusat mengundi.. Hampa jangan jeles dah la.. hampa dok rumah sengap2..

Bersama ADUN KEMUNING Kelantan

Bersama Husam Musa... Naib Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) di UPU Changkat Jering

wartawan Sinar bahagian Ipoh Rubiah Nordin... Dah kawin ke belum?

aku juga sempat membuat lawatan bersama YB Exco Perak Ngah Ko Ham.

Polis Bukit Kepong Dan Komunis


Inilah dia kononnya hero Bukit Kepong yang membunuh berpuluh komunis. Setiap kali sambut merdeka gambaq ni mesti ada punya.. Pirahhh hero. Dari dulu sampai sekarang dok sekonkol dengan penjajah... Komunis yang berjuang membebaskan negara ini di katakan musuh... DULU KINI DAN SELAMANYA UMNO PENIPU...

Hidup rakyat
Hidup Komunisme
Vila La Cheng Peng
Viva La Revolusion