THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Selasa, 31 Mac 2009


Kuil Hindu yang tiada bekalan lektrik dan air. Kelihatan MP Sungai Siput berbaju putih yang turut sama dalam jelajah kami ke seluruh Malaysia.

• Anak aku Izatul dan Aqil juga turut merasakan kesusahan hidup penduduk Sungai Getah

Keadaan rumah yang begitu daif di Sungai Getah.

Kami bersama penduduk Ladan sungai Getah di dalam kuil. Keadaan kuil yang gelap akibat tiada elektrik

• Timbalan pengerusi PSM Cik saras bersama peserta Jerit.

Ulasan Laporan TV3 tentang kehidupan penduduk Sungai Getah, Bukit Selambau.

Sungai Getah adalah sebuah kawasan ladang getah yang telah di tinggalkan oleh British. Penduduknya terdiri daripada 100% masyarakat India. Keadaan hidup mereka sungguh daif walaupun sudah 50 tahun Negara merdeka.
Sewaktu kempen basikal JERIT tahun lalu sungai Getah merupakan persinggahan kami yang pertama perjalanan dari Alor Setar. Kami tiba pada sebelah petang dan di sambut mesra oleh penduduk di situ dengan menyediakan rumah mereka sebagai tempat kami untuk bermalam di samping makanan juga mereka sediakan. Seumur hidup aku belum pernah aku bertemu dengan kehidupan masyarakat yang begitu daif. Mereka tiada bekalan elektrik dan air. Rumah mereka begitu Usang dan ada yang berlantaikan tanah sahaja. Bekalan elektrik mengunakan janaretor yang terpaksa pula penduduk membuat catuan kerana jenerator tersebut tidak mampu untuk menampung semua rumah di kawasan tersebut. Bekalan air hanya di dapati di telaga yang di gali oleh mereka.
Sebenarnya kawasan tersebut menjadi rebutan seorang pemimpin MIC. Oleh kerana penduduk di situ telah berjuang untuk terus bertahan peminpin MIC tersebut telah gagal untuk mendapatkan kawasan ladang tersebut. Bila PAS merampas kedah melalui PRU yang lalu maka lebih sukarlah pemimpin MIC tersebut untuk menjadi pemilik ladang tersebut. Akibat daripada dendam kesumat kepada penduduk kampong tersebut maka sehingga kini kampong tersebut tidak pernah merasa kemudahan sepertiyang di rasakan oleh orang lain.
Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah mereka yang telah bersama-sama penduduk tersebut di dalam perjuangan mempertahakan hak mereka. Perkara tersebut juga telah beberapa kali di bawa kepada pengetahuan pihak kerajaan negeri kedah yang lalu di bawah BN namun oleh kerana kepentingan peribadi pemimpin MIC maka hal kedaifan penduduk di situ hanyalah di bakul sampahkan sahaja.
Persoalannya mengapakah TV3 cuba mengambarkan kedaifan penduduk Sungai Getah adalah akibat daripada kerajaan negeri Kedah di bawah Pakatan Rakyat? TV3 juga telah menyatakan bahawa kawasan ladang tersebut hendak di berikan kepada individu tertentu. Bukankah individu tersebut ialah pemimpin MIC. Setelah 50 tahun memerintah kedah mengapakah pada hari ini soal kedaifan penduduk sungai getah di bangkitkan?
Bagi SH penduduk sungai Getah tidak sebodoh seperti pemuda UMNO. Betul seperti kata seorang penduduk yang di temu bual oleh TV3. katanya kami tidak mahu janji tetapi jika mahu undi kami sila lakukan apa yang hendak di janji itu sekarang. Ada barang ada undi. Tahniah kepada penduduk Sg Getah. Pastikan anda mendapat hak anda. TV3 akan mendapatkan ulasan calon BN pada hari esok dan insyaAllah aku, PSM dan team Jerit juga akan kesana esok. Apa yang pasti InsyaAllah mereka tidak akan memberi undi kepada BN.
Sosialis Hijau

NOH OMAR DAN TEKUN.


Tengahari tadi dalam bulitin 1.30 cerita tentang Noh Omar marahkan PAS kerana katanya PAS telah membuat fitnah mengatakan Tekun menjadi ALONG sebab mengenakan bunga yang tinggi kepada peminjam. Marah betul Noh Omar.
Teringat aku semasa PRK Permatang Pauh lalu. BN yang pemikirannya masih 30 tahun ketinggalan kebelakang cuba membeli undi pengundi Permatang Pauh dengan mengunakan duit Tekun. Asal saja anda mempunyai slip mengundi di kawasan Permatang Pauh dapatlah duit tu.
Aku antara yang tidak ketinggalan mendapat duit runtuh dari kementerian Noh Omar tu. Bila dengar saja Tekun nak bagi duit dengan syarat mudah iaitu mesti punya slip mengundi BN yang boleh di dapati bilik gerakan BN aku terus saja call kawan aku Pemuda UMNO Permatang Pauh untuk mendapatkan slip itu. Tetapi dia tahu yang aku ni anti UMNO dia bagi alas an dia sibuk. Aku terus ke Bilik gerakan Pemuda UMNO Malaysia di Pekan Permatang Pauh tetapi computer mereka tidak on line. Gila betul dah 50 tahun merdeka masih mengunakan cara manual untuk menyemak nama pengundi. Aku di suruh ke tempat aku membuang undid an minta slip itu di bilik gerakan tersebut. Aku terus ke sana… Emmm puteri UMNO yang jaga tempat tu… tapi macam tuan2 tahulah nama je puteri tapi badan dengan rupa macam ketua puteri yang baru tu le.. Tak stim langsung. Ahh janji boleh dapatkan slip mengundi tu. Rupanya taka ada juga. Akhirnya kawan aku Ali ke Bilik gerakan Kubang Semang kerana kononnya di sana online. Sampai di sana nama kami tak ada… Ishh kawan aku kata kami dah masuk 3 kali mengundi Permatang Pauh macam mana boleh tak ada…… Mungkin kerana kawan aku adalah seorang bekas ketua Pemuda PAS kawasan maka namanya telah di hilangkan dari senarai pengundi. Tetapi dia tidak putus asa untuk mendapatkan juga slip mengundi tersebut lalu dia pun mula memaki hamun Anwar Ibrahim dengan makian yang mungkin UMNO pun tak buat. Akhirnya petugas di bilik gerakan tersebut meminta dia tunggu sebentar untuk memeriksa di pejabat dan akhirnya nama kawan aku yang hilang tadi pun muncul semula.
Pendek cerita pada hari itu kami semua yang comfirm secomfirmnya akan mengundi Anwar boleh la sorang RM3.000.00 Aku dan bini aku sorang 3ribu jadi 6ribu. Kawan aku tu bini 2 jadi boleh la dia 9ribu. Dekat raya pulak time tu… Huh raya sakan kami.. UNDI ANWAR TAPI UMNO BAGI DUIT. Hah hah bodohnya UMNO ni.
Oleh itu aku berpesam kepada penduduk di Bukit Gantang dan Bukit selambau supaya jangan lepaskan peluang ini. Sapu saja duit yang depa bagi… depa suruh undi BN hampa angguk je. Time undi hanya anda malaikat dan allah je yang tahu.
Hidup TEKUN…… hah hah hah rugi aku tak jadi pengundi 2 bukit.
Sosialis hijau

Kita hanyalah mata rantai Perjuangan ini


Dah terlanjur bersembang tentang politik ni adalah lebih baik di ingatkan kepada pembaca bawahasanya parti2 terdahulu yang telah berjuang sebelum mereka. Jadi kepada ahli2 baru kenal PAS tu janganlah sombong sangat mengatakan hanya parti anda saja berjuang Aku kata begini bukan apa tetapi sebab di tempat aku adalah sorang mamat ni baru je masuk PAS siap maki parti2 lain kononnya hanya PAS je yang betul parti lain tak betul.Katanya sokong DAP Haram, Tolong PKR tak dapat pahala dan lebih teruk lagi dia kata sosialis kapir.. Nyatalah kailnya panjang sejengkal tetapi lautan dalam hendak di duga.

Ingatlah wahai kamu yang menuduh orang lain tak betul dan hanya kamu yang betul mereka ini telah di uji sebelum kamu mengenal dunia lagi :

o Parti Komunis Malaya(PKM)
o Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
o Angkatan Pemuda Insaf (API}
o Angkatan Wanita Sedar (AWAS}
o Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA)
o Pemuda Radikal Melayu (PERAM)
o Parti Nasionalis Malaya
o Parti Malaya Merdeka
o Hizbul Muslimin
Mereka kini telah tiada tetapi parti2 yang ada sekarang ini hanyalah penyambung mata rantai perjuangan mereka

Pesanan Buat Pengundi PRK P59, N25 dan N29



Sudah menjadi lumrah bila tiba musim pilihanraya maka ramailah pemimpin berjiwa rakyat yang akan turun bertemu pengundi. Jika sebelum ini jijik melihat gerai makan tepi jalan tapi selepas ini gerai makan tepi ayaq acaq (kena Tanya orang Penang apa dia ayaq acaq ni) pun mereka sanggup pi makan. Maklumlah berjiwa rakyat. Tak apalah tapi dah ada kesempatan untuk bersembang dengan pemimpin berjiwa rakyat ni, tanyalah mereka beberapa soalan. Sebelum tanya anda pujilah dulu kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa membela rakyat tu.

1. .
a. PUJIAN : Terima kasihlah sebab sudi melawat Kami nak ucapkan banyak2 terima kasihlah pada Dato sebab begitu perihatin dengan masalah kami, lebih lebih lagi bila harga beras melambung naik kerajaan kita telah memberi beras subsidi dengan harga RM16.50 sekampit. Kalau tidak manalah kami rakyat miskin ini mampu beli beras yang harganya sekampit RM42.00 tu. Terima kasih la kepada parti UMNO yang sentiasa perihatin dengan masalah kami tapi….
b. PERTANYAAN : Dato pernah ke makan beras yang di beri nama BERAS NASIONAL(BN) tu. Ishh kalau dato nak tahu beras tu berbau hapak dan warnanya merah. Kadang kadang lembik. 2-3 jam masak dah nak basi. Dulu beras ni kami beri makan itik je. Tokey babi pun bagi makan guna beras ni juga la. Ish rasanya kami orang miskin ni macam babi pulak. Beras yang sepatutnya babi makan kerajaan bagi kami makan.
c. TINDAKAN : Jemput calon itu masuk rumah anda dan hidangkan nasi yang anda tanak dari beras subsidi yang kerajaan perihatin beri itu. Ajak la dia menjamu selera dengan nasik makanan binatang itu. Lihat betul2 riak wajahnya sewaktu dia menyuapkan nasik ke mulut. Kemudian katakan padanya Demi Allah saya tidak akan memberi undi saya kepada orang yang memberi makan makanan babi kepada anak isteri saya.

2. .
a. PUJIAN : Sejak PSMBI di laksanakan dapatlah anak anak kami orang kampong ni bercakap orang putih bila besar nanti. Ish bangga betul kami kalau anak kami boleh bercakap orang putih dan dapat kerja di pejabat besar…. Tapi
b. MASALAHNYA : bagaimana anak kami nak bekerja di pejabat besar sebab anak2 kami gagal dalam PMR dan SPM dalam mata pelajaran sains dan matematik.
c. TINDAKAN : Keluarkan buku matematik anak anda dan pilih satu soalan dan suruh dia selesaikan sekali dengan penerangan untuk mudah anda faham. Kalau dia tak boleh selesaikan ucapkanlah terima kasih padanya dan katakana padanya saya tidak akajn mengundi parti yang mengadai masa depan anak saya dalam pendidikan.

3. .
a. PUJIAN : Terima kasihlah sebab kerajaan kita memberi yuran percuma sebanyak RM4.50 kepada anak saya di sekolah rendah dan RM9.00 kepada anak saya yang bersekolah menengah. Dapatlah ringankan beban kami bila buka sekolah. Mana nak cari sekolah percuma dalam dunia ni melainkan di Malaysia sahaja.
b. PERTANYAAN: mengapa yuran yang di hapuskan tu RM 4.50 sahaja tapi yang kami kena bayar RM35 sehingga RM 85.00. (Tidak termasuk yuran PIBG) Ish sepatutnya kerajaan kena hapuskan RM85.00 dan kami kena bayar RM4.50 baru lah namanya membantu rakyat yang susah macam kami ni.
c. TINDAKAN : Katakan padanya tuan datang nak menipu kami lagi ke.. sudahlah kami ni sentiasa di tipu tuan datang nak menambah luka kami lagi… tak apalah dengan istilah Englih yang tuan banggakan tu kami ucapakan pada tuan GOOD BYE……

Banyaklah lagi persoalan yang boleh anda Tanya kepada perayu undi BN yang datang merayu kepada anda. Pikir2lah sendiri. Cuma janganlah kita maki mereka. InsyaAllah mereka akan mengundi Pakatan Rakyat hanya kerana senyuman anda itu.

Sosialis Hijau

Lawati Blog Sosialis Hijau di :
http//:greensocialis.blogspot.com

Bangunlah rakyat yang tertindas
Bangun rakyat yang dip eras
Nyalakan obor perjuangan
Menjulang kebenaran.

Hancurkan segala penindasan
Ayuh kita bangun, bangun, bangun
Dunia baru kita dirikan
Pasti jadi kenyataan.

Tiada raja atau penguasa.
Peluru atau penjara
Yang dapat menghalangi kita
Menjadi rakyat merdeka.

Selagi nyawa dalam diri
Perjuangan tak akan henti
Biar darah membasahi bumi
Menyerah tak kan sekali

Perjuangan penghabisan
Bersatulah melawan
Dan internasionale
Pastikan berjaya.

Saya diundang berucap, menjadi imam' - Nizar


Sanggah 1:'Saya diundang berucap, menjadi imam' - Nizar
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Hrkh) - Laporan TV3 dan tuduhan pemimpin BN terhadap calon PAS kerusi Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa beliau merampas kuasa masjid sekaligus 'mencelah' ketika majlis membaca Yassin dan solat hajat di Masjid Simpang anjuran Barisan Nasional (BN) adalah tidak benar sama sekali.
Iklan




Sebaliknya, kata Nizar, beliau telah diundang oleh Imam Masjid Simpang untuk berucap menjelaskan ayat-ayat yang dibacakan semasa mengimamkan solat Maghrib.

"Saya dijemput oleh imam supaya mentafsirkan ayat-ayat yang saya bacakan selama 20 minit sebelum itu... saya juga sejak awal telah diminta supaya tidak menyelitkan elemen politik sebab masjid bebas politik.

"Jadi, saya diminta membuat tafsiran ayat-ayat yang saya bacakan sebelum itu... ketika takzirah... jadi saya tidak merampas mikrofon untuk berucap, cuma memenuhi kehendak imam," kata beliau kepada mStar Online ketika ditemui di Markas PAS Bukit Gantang baru-baru ini.

Kata Nizar, apabila beliau meminta mikrofon untuk menyampaikan ucapan tafsiran ada pihak yang membantah dengan alasan ia bukan tempat untuk berpolitik.

"Bagi mengelakkan suasana kecoh, saya memutuskan untuk tidak meneruskannya dan kemudian meninggalkan masjid... apa terjadi selepas itu saya tidak tahu," katanya.

Nizar mengakui bahawa beliau sejak awal, ketika memasuki masjid, telah dimaklumkan tentang kehadiran pemimpin Umno termasuk Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali pula berkata, pihaknya sudah mengambil pendirian untuk tidak menggunakan masjid sebagai tempat kempen politik.

"PAS hanya akan menggunakan masjid untuk tujuan agama," kata beliau pada sidang media pagi ini.

Isnin, 30 Mac 2009

Hantar MB ke 3 Pakatan Rakyat ke Parlimen.




Jika Calon PAS Ir Nizar berjaya memenangi PRK P59 Bukit Gantang bermakna Pakatan Rakyat akan mempunyai 3 orang Menteri Besar di Parlimen setelah telah sedia ada di parlimen iaitu KM Pulau Pinang dan MB Selangor. Kedua-duanya mewakili parti DAP dan PKR telah berjaya memenangi kerusi DUN dan Parlimen pada PRU yang lalu. Oleh itu jika Nizar berjaya memenangi PRK kali ini bermakna ianya akan melengkapkan ketiga-tiga parti di dalam Pakatan rakyat mempunyai MB dan KM di Parlimen.

Semoga Allah memberi kemenangan kepada kebenaran.

Hidup Rakyat


Kapal selam yang menyebabkan Altantoya di bunuh

nak anak kena ambik hati mak dulu… betul tak makkkkkk. Nak Undi kena la ambik hati rakyat dulu…. Dah menang jangan menipu dah le

Kehadiaran calon PAS MB Nizar bersama pimpinan PAS

Jangan malu kerana menyokong kebenaran. Ada orang tak rasa malu langsung bila menyokong kejahatan

Muslimat Pas Bagan Serai

Pemandangan sekitar pekan taiping tempat laluan perarakan PR

Kelab penyokong PAS dari kalangan kaum India

Sehari Di Bukit Gantang


Semalam aku letih betul bila pulang dari Bukit Gantang. Sehari sebelum itu aku telah ke sana untuk mengantar vest kepada Ketua Pemuda PAS Bukit gantang. Pada malam penamaan calon aku bersama 8 orang teman bertolak kesana jam 2 pagi. Mulanya kami hendak tidor di rumah yang telah kami sewa seminggu di Changkat Ibol tetapi bila di rasakan besok pagi kami kena datang semula ke taiping, akhirnya kami buat keputusan untuk terus saja ke Taiping pada malam itu. Tiba di masjid daerah kenderaan sudah memenuhi sekitar masjid. Di dalam masjid sudah penuh dengan orang yang tidur. Tak ada tempaty lagi untuk bersembahyang.

Aku tidur di dalam bonet kereta sahaja. Azan subuh terus aku bangun tapi masjid sudah penuh. Lebih ramai lagi daripada solat jumaat. Mungkin ini yang di katakana Islam akan menang bila solat subuh seperti solat jumaat. Tapi hari ni saje la hari lain time subuh macam ni ramai yang mengaku pejuang Islam tapi tak sembahyang pun.

Sampai di tempat penamaan calon penyokong PR aku anggarkan lebih kurang dalam 30ribu orang memenuhi sepanjang jalan hinggalah ke atas bukit kawasan itu. Nampak macam stadium bola pulak.

Sebenarnya aku berjanji dengan YB Dr Nasir untuk bertemu di situ tetapi oleh kerana talian talipon terlalu sibuk kami tidak dapat berhubung antara satu sama lain.

Turut kelihatan di situ Pimpinan tertinggi DAP serta ramai awek2 cun yang mungkin dari PAS kot. Yelah Dario PAS le sebab dia orang pakai vest PAS.

Setelah selesai nama calon di umumkan aku terus berjalan ke masjid kerana keta aku parking di situ. Letih betul. Samapi rumah lepas solat zohor terus aku terlena sampai 6.30. jadi gambar2 yang aku upload ke blog ini tidak tersusun kerana tergesa2.

Besok aku akan ke Bukit Selambau untuk berjumpa dengan bilik berita di sana. Selasa ini aku akan ke DUN bukit Selambau lagi bersama Team PSM. Kami akan ke Ladang tempat singahan kami sewaktu kempen basikal jerit tahun lepas. InsyaAllah aku akan membuat liputan semasa di sana nanti.

Ahad, 29 Mac 2009

Gambar Gambar Hari Penamaan Calon P59 Bukit Gantang

Aku sampai ke sana jan 3v pagi. Masjid daerah penuh melimpah sehingga ke luar. Tak ada lagi tempat untuk tidur, tak ada lagi tempat untuk ......

Besok 30 march aku akan buat tinjaun di sekitar DUN Bukit Selambau. InsyaAllah pada hari selasa ini aku bersama team PSM dan Jerit akan ke Ladang sekitar DUN Bukit Selambau.

Sosialis Hijau



















http://www.blogger.com/img/blank.gif
Tambah Imej