THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Sabtu, 28 Februari 2009

Rakyat adalah raja. Buat Pilihanraya di Perak.


Rakyat adalah raja. Buat Pilihanraya di Perak.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) berpendirian tegas bahawa tidak ada jalan singkat mahupun jalan perundangan yang dapat mengatasi krisis politik Perak selain daripada membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak dengan serta-merta dan mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan kerajaan yang stabil melalui pilihanraya.



Ini adalah amat perlu dalam masa negara dan dunia dilanda krisis ekonomi yang begitu teruk dan bahang kegawatan itu di rasai di negara kita dengan penutupan banyak kilang serta ribuan pekerja kehilangan pekerjaan saban hari.

Dalam masa yang genting ini, adalah wajar dan penting samada Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan memainkan peranan dan menumpukan perhatian yang khusus bagi mengatasi masalah perdana ini. Langkah-langkah konkrit perlu diambil demi memastikan rakyat negara ini serba sedikit diselamatkan daripada belenggu kegawatan itu.

Namun, suasana keadaan di Negeri Perak ini amat berbeza dan semakin hari lebih kusut akibat daripada krisis politik yang serius berlarutan tanpa sebarang jalan penyelesaian yang kekal sehingga hari ini. Masing-masing kedua-dua pihak iaitu di kalangan BN dan PR mengistiharkan mereka adalah kerajaan sah untuk mentadbir negeri ini.

Selain daripada keesahan surat perletakan jawatan 3 ADUN PR dan perlantikan Menteri Besar baru di cabar dalam Mahkamah dan menantikan keputusannya, kini krisis terbaru adalah pengantungan Menteri Besar baru dan Ahli Exco Perak daripada hadir ke Dewan Perundangan Negeri.

Krisis terbaru ini bukan sahaja akan lebih mengeruhkan kestabilan politik negeri ini malah juga akan menjejaskan keharmonian di kalangan rakyat sehingga membantutkan segala urusan masing-masing dalam situasi negara dan rakyat dilanda krisis ekonomi yang parah

Politik yang tidak stabil tidak akan membawa manfaat kepada rakyat dan juga negeri itu sendiri. Tidak dinafikan bahawa pihak yang merasakan berlakunya ketidakadilan ke atas mereka, maka pihak yang terkilan tetap akan mengambil tindakan mahkamah untuk mendapatkan keadilan

PSM berpendirian bahawa adalah lebih wajar dan munasabah isu politik negeri Perak perlu di bawa kepada rakyat untuk menentukan pihak mana yang patut memerintah.

Tidak ada kuasa yang lebih besar dan keramat daripada kuasa rakyat. Rakyat adalah raja yang patut memastikan siapa yang patut memerintah negara.

Kenyataan di keluarkan oleh

M. Sarasvathy
Timbalan Pengerusi
Parti Sosialis Malaysia

Serangan Terhadap Hospital Kerajaan




Aktivis gabungan Memebantah Penswastaan Hospital Kerajaan Sedang mengedar risalah di hadapan pejabat kerajaan negeri Pulau Pinang. Turut kelihatan beberapa orang wartawan.
Dr Sundram sedang di temuramah oleh Wartawan Sinar harian Utara. di sebelahnya Chung Kai.

Serangan Terhadap Hospital Kerajaan

Pengalakan Hospital Swasta

• Kerajaan telah menjadi pemilik terbesar bagi hospital-hospital swasta melalui Syarilat GLC seperti Khazanah, Petronas, simen darby dan SEDC johor.
• Kemunculan hospital swasta telah mempercepatkan penghijrahan doctor pakar daripada Hospital Kerajaan ke Hospital Swasta. Kini hanya 25% daripada bilangan doctor pakar di Malaysia masih bertugas di Hospital Kerajaan, menakala75% daripada pesakit masih bergantung pada hospital kerajaan.
• Ketiadaan bimbingan yang mencukupi untuk doctor-doktor yang sedang berlatih adalah punca utama kesilapan dan kelewatan mengenalpasti penyakit di hospital kerajaan.

Promosi Pelancongan Kesihatan

Perdana Menteri tak tahukah?

• Perkembangan perlancongan kesihatan di hospital swasta akan menarik lebih ramai doctor pakar kerajaan ke sector swasta dan memperlemahkan lagi hospital kerajaan.
• Ataupun PM memenag sedar, tetapi mengutamakan untung hospital swasta lebih daripada kebajikan rakyat yang bergantung pada Hospital Kerajaan?

FFP: Rwatan swasta di Hospital Kerajaan

• Skim FFT (Full Paying Patient) telah berlangsung selama 15 bulan dan ada doctor pakar yang mendapat RM40,000.00 sebulan melalui skim ini. Tetapi masih belum ada kajian yang menyeluruh.
• Difahamkan bahawa tanggungjawab lain seperti menjaga pesakit biasa di wad 3, dan klinik awam di abaikan oleh pakar yang terlibat. Pengajaran bagi doctor yang sedang latih juga telah merosot!

Penjualan IJN kepada Sime Darby

• Siapakah yang mengambil keputusan ini?
• Mengapa tidak dirujuk kepada Bahagian Perancangan Kem Kesihatan terlebih dahulu untuk dikaji sebelum pengumuman dibuat?
• Mengapa tidak dibentangdi Dewan Rakyat untuk mendapat pandangan wakil rakyat?
• Adakah kepentingan kroni tertentu diberi keutamaan?
• Apakah jaminan IJN tidak akan di jual pada suatu masa nanti.?

Apakah rawatan perubatan kita terjamin pada masa hadapan?

TUNTUTAN GABUNGAN MEMBANTAH PENSWASTAAN PERHIDMATAN KESIHATAN.

• Bekukan pembinaan hospital swasta.
• Menambahkan peruntukan untuk Kementerian Kesihatan daripada RM11billion ke RM17bilion. Jika perlu, gunakan sebahagian daripada bunting Petronas (80billion) untuk menjaga kesihatan rakyat!
• Wujudkan skim seperti yang di amalkan IJN untuk semua kakitangan kesihatan kerajaan.
• Kerajaan harus menerima hakikat bahawa pembekalan rawatan kesihatan yang berkualiti untuk semua rakyat kita tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada kaum koprat yang mengutamakan untung sahaja!
• Jangan melakukan sebarang perubahaan dalam system kesihatan kita secara tergesa-gesa. Memaklumkan kepada orang awam. Dapatkan maklumbalas dahulu. Jangan swastakan atau jual perhidmatan kesihatan Negara tanpa membuka ruang perbincangan terlebih dahulu.

Peranan anda

• Sebarkan risalah ini kepada brakan-rakan. Bincangkan isu ini dengan mereka.
• Sila berjumpa ADUN dan MP anda secara berkumpulan dan menyuarakan kebimbangan anda. Bincangkan langkah-langkah untuk memperkukuhkan Sistem Kesihatan Kerajaan.

Gabungan Membantah Penswastaan Perhidmatan Kesihatan

Sosialis Hijau

Isnin, 16 Februari 2009

Syurga Untuk 4 ADUN KHIANATI RAKYAT


Susila Yang Tersipu
Memandang Lagak Cucu
Menyorokkan Malu Di Sebalik Debu

Langkah langkah Melangkah
Ingin Menjadi Sampah
Mencipta Syurga Di Kaki Neraka

Seorang Iblis Tersenyum
Membelai Lembut Jiwa Mu
Menyambut Cinta Di Mulut Neraka

Terbentang Hamparan Dunia
Dari Sisa Neraka
Bayangan Diri Sejadah Hati

Iblis Menghulur Mimpi Indahnya
Neraka
Syurga Akan Ku Beri Bersama Derita

Syurga Di Hujung Jarum
Iblis Bangga Tersenyum
Jeritan Di Jiwa Yang Kian Kosong

Khamis, 12 Februari 2009

Rabu, 11 Februari 2009


Sebenarnya aku bukanlah pemimpin wanita Parti Komunis Malaya atau seorang tokoh wanita yang terkemuka. Aku hanya seorang pejuang wanita yang berjuang melawan British untuk kemerdekaan tanahair dan untuk emansipasi (kebebasan) wanita. - Shamsiah Fakeh

Lagu UMNO baru


Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Tipu terus menipu
Kita tipu Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa pada kroni
anak dan juga bini
Lambang Kita Yang Rebah
Dipandang keji dan haprak
"Bersatu, Bersetia, Berkhianat
Cogan Katanya

UMNO terus lara rompak rakyat Malaysia

Selasa, 10 Februari 2009

Gambar PRK Kuala Terengganu



Bersama skuad bahagian depan Ankatan Muda keADILan Bahagian Batu Kawan semasa pilihanraya parlimen Kuala terangganu 17/1/09. Lokasi gambar di Pantai Batu buruk.

Duduk dari kiri: Aku, Ali, pak Duan, Kuri, Halim, Mat Noor
Belakang dari kiri : Yen, Kumar, Pek, Fauzi, Mat Alip, Jan dan Samad.

Puteri UMNO sedang memberi aksi istimewa kepada lensa aku. Hidup biar sedap kata mereka

51 Tahun Negarakuku Merdeka


Pagi ini anak aku yang belajar di tahun 3 bertukar sekolah. Dari sekolah yang kononnya terbaik dan dalam Bandar kesekolah luar Bandar. Apa yang nak di ceritakan di sini ialah bagaimana keadaannya sekolah baru anak aku ini. Semasa mendaftar kemasukan di pejabat sekolah ku lihat pejabat sekolah masih mengunakan kipas angin. Rupa2nya setelah 51 tahun merdeka masih ada lagi sekolah yang ketinggalan.
Aku terfikir bagaimanakah kerajaan sanggup membeli wakil rakyat PR dengan jutaan ringgit tetapi kemudahan rakyat tidak di endakan. Namun bagi orang melayu itu semua tak penting kerana yang penting bagi mereka ialah Raja @ Sultan mestilah di hormati. Melayu terus tertipu dengan mitos dongengan raja2 melayu. (daun terup)

UMNO gagal beli ADUN Bkt Selambau

Semejak di dari awal lagi ADUN bukit Selambau yang menang atas tiket bebas dalam pilihnraya ke 12 lalu di ura urakan untuk melompat parti. Angin sentiasa bertiup sepoi2 bahasa membawa berita bahawa kerajaan PR Kedah akan tumbang. Alhamdulillah sehinga ke hari ini kerajaan pimpinan Ustaz Azizan masih berdiri teguh.

Perletakan jawatan sebagai exco dan kemudiannya sebagai ADUN merupakan jalan terbaik kepada Arumugam. Setelah di ugut dan di tawarkan rasuah berkali2 tetapi beliau mengambil jalan meletakkan jawatan sebagai langkah untuk menyelamatkan kerajaan Kedah.

Inilah insan mulia yang meletakan kepentingan rakyat daripada kepentingan diri. Seorang yang berbangsa India dan berugama Hindu lebih mulia dari dua makluk yang mengaku bertauhidkan Allah tapi tidak punya harga diri.

Tahniah kepada Arumugam, anda sebahagian daripada wira rakyat yang tidak hipokrit.

Hidup rakyat.

Isnin, 9 Februari 2009


Bersama Anak dan YB saifudin semasa Kempen Basikal Jerit di Parlimen 17desember tahun lalu.

Persoalan Sosialisme

Sosialis kapiaq!!!! Komunis!!! Itulah sekiranya aku ajukan soalan tentang apa itu sosialis? Bila aku bertanya pula apa itu komunis, jawapan yang aku akan dapat mengambarkan kepada kebodohan dan aku juga dapat menilai tahap akedemik mereka.

Teringat aku sewaktu aku membantu calon DAP yang kini Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang sewaktu kempen pilihanraya lalu , aku di tuduh komunis oleh orang PAS. Betapa tidak cerdiknya bila mengatakan DAP itu komunis . Ianya sudah cukup mengambarkan kebodohan serta kuatnya sifat perkauman orang itu dan cukup mudah termakan propaganda UMNO BN.

Apa itu sosialis??

Menurut Merriam-Webster’s Collegiate Dictionary, sosialisme mempunyai erti-erti sebagai berikut:
1. semua teori-teori ekonomi dan politik yang membela kepemilikan (ownership) kolektif atau kepemilikan pemerintah, dan pengaturan dari alat-alat produksi dan pengagihan barang.
2. a. sebuah sistem masyarakat atau kehidupan berkelompok yang di dalamnya tidak ada kepemilikan (property) peribadi.
b. sebuah sistem atau keadaan masyarakat yang di dalamnya alat-alat produksi dikuasai dan dikawal oleh negara.

3. sebuah fasa masyarakat yang di dalam teori transisi Marxist berada di antara kapitalisme dan komunisme, dan yang dicirikan oleh distribusi barang yang tidak merata dan pengupahan berdasarkan jumlah kerja yang dilakukan.

Sedangkan Columbia Electronic Encyclopedia menyebutkan bahwa sosialisme adalah sebuah istilah umum untuk teori politik dan ekonomi yang membela sebuah sistem kepemilikan bersama atau pemerintah, dan pengurusan alat-alat produksi dan pengagihan barang.
Karena sifat kolektif ini, sosialisme biasanya dipertentangkan dengan doktrin kesucian (sanctity) kepemilikan peribadi yang merupakan ciri utama dari kapitalisme. Kalau kapitalisme sangat menekankan persaingan dan keuntungan, maka sosialisme menganjurkan kerja sama dan pelayanan sosial.

Dalam pengertian yang lebih luas, sosialisme sering digunakan untuk menggambarkan secara lepas teori-teori ekonomi dari mulai teori yang mengatakan bahwa hanya hal-hal yang bersangkut kepentingan umum dan sumber daya alam yang harus dikuasai negara, sampai dengan teori yang menyebutkan bahwa negara harus bertanggungjawab kepada semua permasalahan ekonomi.

Gustav LeBon dalam bukunya The Psychology of Socialism (1899) menyebutkan bahawa sebuah evolusi (perubahan) yang terjadi dalam suatu masyarakat haruslah ditinjau dari 3 sisi:
faktor politik, faktor ekonomi dan faktor psikologi.
Karena itu, dalam melihat sosialisme, LeBon berpendapat bahwa kita harus melihatnya sebagai konsep politik, konsep ekonomi, konsep falsafah dan sebagai sebuah kepercayaan/keyakinan (belief).
Bahkan dalam bagian ke-2 dari bukunya ini, LeBon menulis tentang sosialisme sebagai sebuah kepercayaan yang salah satu babnya berjudul Evolusi Sosialisme Menuju Sebuah Bentuk Keagamaan (religious form).

Jelaslah bagi kita bahwa sosialisme bukanlah semata hanya sebuah teori ekonomi semata. Ia adalah sebuah jalan hidup yang meliputi berbagai aspek, dengan aspek politik dan ekonomi sebagai ujung tombaknya. Ia adalah sesuatu yang diyakini penganutnya sebagai sesuatu yang harus diperjuangkan, bahkan dengan revolusi (marxisme), untuk membawa suatu perubahan dalam masyarakat. Tidaklah berlebihan kalau kita mengkategorikannya sebagai sebuah –dalam istilah Islam-dien.
Rujukan

YB Bukit Gantang Meninggal Dunia


MasyaAllah ketika ini aku menerima berita MP Bukit Gantang Meninggal Dunia. Begitu berat rasanya ujian yang Allah berikan kali ini. Harapan untuk PRK Changkat Jering tetapi Parlimen yang Allah berikan kepada kita. Semoga kita semua tabah menghadapinya. Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah.

Jerit Di Pejabat MB selangor


Kemenangan pejuang rakyat melepasi rintangan ke Pejabat Menteri Besar Selangor.

Lagu Internasionale

Bangunlah rakyat yang tertindas

Bangun rakyat yang di peras

Nyalakan api perjuangan

Menjulang kebenaran

Hancurkan segala penindasan

Ayuh kita bangun bangun bangun

Dunia baru kita dirikan

Pasti jadi kenyataan

Perjuangan penghabisan

Bersatulah melawan

Dan internasionale

Pastikan berjaya

Tiada raja atau penguasa

Peluru atau penjara

Yang dapat menghalangi kita

Menjadi rakyat merdeka

Selagi nyawa dalam diri

Perjuangan takkan henti

Biar darah menbasahi bumi

Menyerah takkan sekali

Perjuangan penghabisan

Bersatulah melawan

Dan internasionale

Pastikan berjaya