THE INTERNATIONALE

free counters
COUNTER THE INTERNATIONALE INI MULA BEROPERASI PADA 17 DECEMBER 2009

AHLI KELAB SOSIALIS HIJAU

JIKA PAS JOIN UMNO ADAKAH ANDA AKAN

PANAS !! Nantikan siri-siri Pendedahan Jahat Mereka

Jumaat, 25 September 2009

IDIOLOGY ZIONISME DI DALAM KUMPULAN ISLAM

Kemarin aku singgah sembahyang maghrib di Masjid Negeri dalam perjalanan ke kg Tg Tokong. Hujan begitu lebat sekali. Tiba-tiba talipon ku berdering, terpapar nama Teh Choo Hong, mungkin sedang menntiku. “you ada di mana?” tanyannya. “I sekarang sudah berada di sebelah Pulau” jawabku. “Tadi Cikgu salleh call beritahu perjumpaan malam ini di tangguhkan kerana hujan terlalu lebat” maklumnya. “Ok thanks” aku menamatkan panggilan.

Oleh kerana hujan masih lebat aku berpusing-pusing di balai lintang di masjid. Dari satu kenyatan ke satu kenyataan di papan tanda aku membaca.Tiba di satu sudut aku saksikan beberapa papan tanda khas yang di dadanya adalah poster kampen selamakan Gaza oleh ABIM. Aku membacanya satu persatu sambil-sambil jelling awek yang dok sebelah aku sambil menujukkan keperihatinan aku kepada mangsa Gaza.

Dalam kenyataan pengenalan di dalam poster itu di tulis bahawa bangsa Yahudi atau Zionis ini adalah satu bangsa yang membawa fahaman perkauman. Hanya bangsa mereka yang terbaik dan hanya bangsa mereka di iktiraf oleh Allah SWT. Hanya mereka yang layak ke Syurga.

Dalam artikal aku yang lalu yang bertajuk “Penyokong UMNO tak masuk syurga” mengulas kenyataan Tuan Guru Nik Aziz telah aku katakan bahawa Zionis bukan semestinya kaum Yahudi. Pengamal idiologi zionisme berada di mana-mana sahaja. Zionis adalah satu istilah yang mengambarkan tentang sifat buruk yanga ada kepada sesuatu kaum dan organisasi. Zionisme di Malaysia di panggil UMNO. Sifat yang ada kepada Umno adalah sama dengan prinsip-prinsip zionisme. Antara sifat itu adalah merasakan hanya mereka sahaja yang betul, hanya mereka sahaja yang mampu memerintah dan tiada parti atau kaum lain yang lebih baik dari mereka.

Kebangkitan Islam pada hari ini telah menyaksikan tumbuhnya berbagai organisasi, pertubuhan dan kumpulan yang mengunakan nama Islam. Timbul ajaran-ajaran yang telah di sahkan sesat seperti Ayah Pin, Nabi Melayu dan lain-lain. Jemaah-jemaah Islam pula terbahagi kepada beberapa kumpulan seperti ABIM, JIM, Tabligh dan banyak lagi. Di tambah lagi dengan kumpulan-kumpulan tarekat yang berbagai. Parti parti ploitik yang mengunakan nama Islam pula seperti Parti Islam semalaysia (PAS), barisan Jemaah Islam Malaysia(BERJASA),dan Kongress India Muslim Malaysia(KIMMA). Begitu juga dengan kumpulan-kumpulan yang menjadi agen propaganda kerajaan seperti Al maunah dan Kumpulan Mujahidin Malaysia(KMM).

Setiap parti politik, kumpulan tarekat dan kumpulan-kumpulan islam ini mendakwa bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan di pilih oleh Allah berada di jalan yang benar. Tuduh-menuduh kepada kumpulan lain dengan mengatakan kumpulan Islam yang lain adalah tidak cukup islamik sering kedengaran. Ayah Pin juga mendakwa yang mengikut ajaranya saja yang akan membawa ke syurga. KMM yang menjadi agen kepada pemerintah dalam propaganda untuk mengambarkan keganasan Islam pula mengatakan demokrasi berpilihan raya tidak syaraie dan pemerintahan islam mestilah di tegakan dengan jihad bersenjata. Tabligh mengatakan Islam akan di tegak dengan iman dan amal. Pas dengan hujahnya, KIMMA dengan alasannya, ABIM dan JIM juga dengan teori mereka. Semuanya mengatakan kumpulan islam lain tidak betul, kumpulan Islam lain tidak selari dengan Islam.

Kita saksikan pertikaian ini antara kumpulan-kumpulan yang mengunakan nama Islam. Bagaimana pula pandangan kumpulann –kumpulan Islam ini terhadap kumpulan-kumpuan yang tidak mengunakan nama Islam? Mungkin ketua pemuda Pas Batu Kawan ada jawapannya.

Inilah sifat yang ada pada ideology zionisme seperti yang di nyatakan tadi. Mereka ini tidak sedar yang mereka sedang mengamalkan ideology dan prinsip-prinsip zionis. Penjajahan pemikiran yang di bawa oleh penjajah telah meresap kedalam kehidupan mereka dengan taksub kepada kumpulan mereka.

Begitulah tohmahan dan tuduhan terhadap pejuang-pejuang kemerdekaan islam yang menjadikan Parti Komunis Malaya(PKM) sebagai wadah perjuangan mereka. Mereka ini di tuduh sebagai tidak percayakan agama dan anti Islam. Menuduh mereka sesat usahlah di kira lagi. Sedangkan sewaktu pejuang-pejuang kemerdekaan ini berada di medan hadapan parti-parti politik lain sedang sibuk bergaduh sesama mereka untuk mencari pengaruh orang melayu. Sudahlah langsung tidak terlibat dengan pejuangan menentang penjajah, orang yang melawan penjajah di tuduh sebagai sesat. Inilah zionisme, inilah lidah yang menyambung ayat-ayat penjajah.

Aku bawakan gambar-gambar sambutan syawal di Perkampungan Pedamain Sukrin di Selatan Thailand untuk kita berfikir sejenak. Mereka ini adalah ahli-ahli Parti Komunis Malaya yang beragama islam. Sekurang-kurangnya buanglah pemikiran yang telah di sumbat di dalam otak kita bahawa mereka tidak percayakan Tuhan….atau kita hendak biarkan terus ideology zionisme menjajah pemikiran kita selamanya

Sosialis Hijau







NONOLOQ UNTUK PAS KAMPUNG KU


Pas Kampung ku
Dulu KUBU sekarang KUBUR
Dulu buat BUBUR sekarang dah tinggal JUBUR
Dulu SUBUR sekarang dah KABUR,

Pas Kampung ku
Dulu buat TAZKIRAH sekarang dah TAK TENTU ARAH
Dulu surau di IMARAH sekarang jemaah makin PARAH
Dulu buat CERAMAH sekarang FITNAH MEMFITNAH
Dulu buat USRAH sekarang Lebai kata PORAHHHHH

Pas Kampung Ku,
Dulu BERPADU sekarang macam ANAK BERUDU
Dulu BERSATU sekarang pakat BALING BATU
Dulu BERGERAK MAJU sekarang pakat TUJU MENUJU.

Pas Kampung Ku
Mengapa jadi begitu,
Di mana Islam yang anda ikrar dulu,
Islam di tatang musuhnya di buru.

Orang pas kampong Ku
Jangan biarkan rambut isterimu macam hantu
Maksiat anak isteri buat-buat tak tahu
Haram bila kena kat orang tapi halal kalau kena kat kamu
Sampai bila nak jadi macam tu?
Pengerusi Pasti sms lucah tak tau malu
Ada ketua tapi macam batu.
Mulut di sumbat dengan kertas tisu.
Orang macam ni Nabi kata Syaitan bisu

Pejuang Islam Pas kampong ku
Bawak Mak Indon rasa malaikat tak tahu.
Ingat nak tayang kat orang bagi orang berbulu.
Tapi tak sedaq awek Indon pun muka macam tauhu.
Elok lagi kuih buah ulu.

Inilah dia Pas kampong ku,
Satu masa dulu pernah jadi kubu
Bila depa sembah Dajal sekoq tu.
Yang datang dari sebelah hulu
Kononnya kebal di tembusi peluru
Lidah manis macam air tebu
Ada hati nak jadi Tok Penghulu
Tak sedaq dirinya nak jawab soalan UPSR pun terkedu-kedu
Satu fatwa yang dia selalu bagi tahu
Anda sesat jika dirinya tidak di sekutu
Orang kampong semua kena tipu
Dajal pun di sembah bertalu-talu
Terasalah dirinya berada di mercu

Hancurlah kubu menjadi debu
Angakara dajal kita berseteru
Dajal menghasut tanpa jemu
Agar mudah dia berpalu
Perangai iblis dajal mahu kita tiru
Untuk terus dia bertahta di kalbu

Buat saudara Pas kampungku
Jauhkan dajal dalam kehidupanmu
Kerana dajal memang kerjanya menipu
Agar kita semuanya keliru
Sebelum menyokong berfikirlah dahulu
Agar tidak bertindak melulu

Semoga Allah Selamatkan Pas Kampungku
Agar kembali seperti satu masa dulu.
Sekadar ini monoloq dari ku
Ampun dan maaf ku pohon selalu
Tak puas hati boleh kita bertemu
No talipon ku masih yang itu
Syaratnya Mat Zan mesti ada di situ
Mohonlah petunjuk dari Tuhan yang satu
Barulah kita tahu who is the true

Sosialis Hijau

"MELURUSKAN" SEJARAH PERJUANGAN KEMERDEKAAN

oleh Pacar Merah, Selangor,Malaysia

Pada tahun-tahun terakhir sebelum bersara, ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO, Tun Mahathir berulang-ulang menyatakan bahawa perjuangan kemerdekaan negara ini bermula dengan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union pada tahun 1946, dan kemudian UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 dalam konteks penentangan terhadap Malayan Union itulah yang menuntut kemerdekaan daripada British bersama-sama dengan MCA dan MIC.

Inilah versi sejarah perjuangan kemerdekaan "arus perdana" yang agaknya sudah menjadi "versi rasmi", yang termuat dalam buku-buku teks sekolah dan selalu diulang-ulang oleh media cetak dan media elektronik milik pemerintah atau yang dikuasi oleh parti pemerintah.

Versi sejarah perjuangan kemerdekaan arus perdana ini jelas tidak tepat dan mengelirukan, kerana dari perspektif masa, ia melihatnya dari perspektif jangka pendek. Dengan menyatakaan perjuangan kemerdekaan itu bermula pada tahun 1946, maka yang akan tertonjol ialah peranan UMNO saja dalam perjuangan itu, dan perjuangan kemerdekaan itu seolah-olah merupakan "monopoli UMNO".

Dengan perspektif jangka pendek yang demikian, peranan dan jasa tokoh dan golongan lain yang mempelopori perjuangan kemerdekaan sebelum itu seolah-olah ingin dilupakan dan diketepikan. Ini merupakan satu penyelewangan sejarah, kalau pun bukan pembohongan sejarah, dan mesti dibetulkan (atau "diluruskan" kata orang Indonesia).

Untuk meluruskan kembali sejarah perjuangan kemerdekaan ini, kita sepatutnya menggunakan perspektif masa yang lebih panjang atau lebih awal dari tahun 1946, yang mungkin boleh kita istilahkan sebagai perspektif jangka panjang dan perspektif jangka sederhana.

Dengan perspektif jangka panjang, kita boleh melihat perjuangan kemerdekaan itu sudah pun bermula selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis, atau terkemudian sedikit selepas negeri-negeri Melayu seperti Perak, Selangor , Pahang dll jatuh ke tangan Inggeris.

Dengan itu, kita boleh melihat dan menghargai peranan pembesar tradisional Melayu, seperti Datuk Maharajalela dan Datuk Sagur di Perak, Datuk Bahaman dan Mat Kilau di Pahang dan Tok Janggut di Kelantan dalam perjuangan menentang Inggeris. Mereka bukan pemberontak atau penderhaka sebagaimana yang didakwa oleh Inggeris, tapi perjuang kemerdekaan yang tidak mahu tanah air mereka dijajah dan diperintah oleh kuasa asing.

Dengan perspektif jangka sederhana pula, kita boleh melihat bahawa perjuangan kemerdekaan secara berorganisasi dan dalam bentuknya yang moden sudah bermula pada tahun 1930 dengan penubuhan PKM. Kemudian perjuangan itu diteruskan oleh KMM yang ditubuhkan pada tahun 1937 dan oleh PKMM (bersama badan gabungannya API dan AWAS ) yang ditubuhkan pada tahun 1945.

Jadi kita boleh melihat bahawa perjuangan kemerdekaan dalam bentuknya yang moden itu sudah dipelopori oleh PKM, KMM dan PKMM sebelum UMNO ditubuhkan pada tahun 1946. Dengan itu, pelopor perjuangan kemerdekaan bukan UMNO, tapi ialah pelbagai organisasi yang wujud sebelum UMNO.

Dengan perspektif jangka sederhana ini juga kita boleh melihat dan menghargai peranan pelbagai tokoh yang turut memainkan peranan penting dalam perjuangan kemerdekaan, seperti Ibrahim Yaakob dan Mustapha Hussein (KMM), Dr.Burhanuddin dan Ishak Haji Mohamad (PKMM), Ahmad Boestamam (API) dan Shamsiah Fakeh (AWAS).

Begitu juga mungkin bukan satu kesalahan jika kita mengikiraf peranan PKM dengan tokoh-tokoh Melayunya seperti Abdullah C.D., Rashid Maidin dan Musa Ahmad dalam perjuangan kemerdekaan. Dan adakah satu kesalahan jika kita masukkan juga Chin Peng, tokoh utama PKM, sebagai salah seorang pejuang penting kemerdekaan?

Dengan menggunakan perspektif jangka panjang dan jangka sederhana ini jelaslah pada kita, perjuangan untuk mencapai kemerdekaan negara kita bukan bermula pada tahun 1946, dan Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman, pemimpin UMNO bukanlah pelopor perjuangan kemerdekaan. UMNO dan kedua tokohnya itu sebenarnya hanya menyambung perjuangan kemerdekaan yang dipelopori oleh banyak tokoh lain sebelum mereka.

Dengan menggunakan perspektif jangka panjang dan jangka sederhana ini juga saya harap kita dapat "meluruskan" sejarah perjuangan kemerdekaan negara kita yang telah diselewengkan oleh versi sejarah arus perdana.

Dan dengan itu, adalah satu keharusan kita turut memberi pengiktirafan terhadap peranan dan jasa pelbagai tokoh pejuang kemerdekaan sebelum Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman, yang tentunya tidak wajar dilupakan begitu saja.

Tokoh-tokoh yang ingin dilupakan ini tentu wajar dianggap sebagai pejuang kemerdekaan yang tulin, kerana sebahagian besar daripada mereka pernah menjadi penghuni kem tahan dan penjara rejim kolonial, dan sebahagian lagi terpaksa bergadai nyawa apabila keadaan memaksa mereka mengangkat senjata

KADER ULUNG PKM, LAI RAIFEL

• Lai Raifel atau nama sebenarnya Du Lung San dilahirkan pada tahun 1922 di Sitiawan Perak, mendapat pendidikan di Sekolah Chun Cheng kemudian di Nan Hwa High School. Pandai berbahasa China, Melayu dan Inggeris.
• Setelah fasis Jepun menceroboh China, Lai Raifel menjadi anasir cergas dalam Persatuan Membantu China Melawan Musuh yang ditubuhkan PKM. Dalam masa yang sama, beliau bekerja sebagai guru di sekolah swasta dan menjadi wartawan akhbar sebagai samaran. Beliau bertanggungjawab membawa Chen Ping menjadi anggota PKM.
• Tahun 1940, beliau ditugaskan menyusun buruh penoreh getah, intelektual dan pelajar di kawasan Kampar, Slim River, Tanjung Malim dan lain-lain.
• Tahun 1941, beliau dihantar menyusun buruh bijih timah di kawasan Tanjung Tualang – suatu industri terpenting penjajah British. Di sinilah beliau bertemu Rashid Maidin yang menjadi buruh mahir di kapal korek tersebut.
• Kedudukan beliau sebagai pengorganais buruh telah diintip oleh sepai penjajah. Pada suatu hari beliau dan sejumlah kader pimpinan diserbu polis. Raifel dan kader-kader tersebut ditangkap dan dipenjarakan oleh penjajah British.
• Di dalam penjara, beliau bertekad teguh, sedikit pun tak tunduk kepada penjajah.
• 20 Disember 1941, beliau dan sejumlah tahanan politik dibebaskan. Lai Raifel ditugaskan memimpin satu rombongan menerima latihan militeri di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura bagi persiapan perjuangan bersenjata. Sekolah ini diadakan atas desakan PKM memandangkan tentera fasis Jepun terus menerus mara dan tentera penjajah British terus menerus memutih tapak kaki.
• Setelah tamat latihan selama 9 hari, Raifel memimpin regunya mara hingga ke Negeri Sembilan dan mendirikan Rejimen Ke-2 di situ.
• Julai 1942, Lai Raifel ditransfer memimpin Rejimen Ke-5 TAJRM di Perak.
• 1 September 1942, Lai Raifel dan sejumlah pimpinan tertingi parti dan tentera terperangkap dalam kepungan fasis Jepun ketika mengadakan persidangan diperluas Jawatankuasa Pusat Partu di Batu Caves, Selangor. Persidangan ini dirancang oleh Lai Te yang ketika itu menjadi Setiausaha Agung PKM untuk membasmi pimpinan tertinggi parti dan tentera. Lai Raifel telah bertempur sehingga pistolnya kehabisan peluru. Beliau bersama kawan-kawan lain menerobosi selapis demi selapis kepungan musuh. 18 orang kawan pimpinan dan kawan pengawal telah gugur dalam peristiwa tersebut. Kepala mereka yang gugur dipotong dan digantung di jalan-jalan utama Kuala Lumpur.
• November 1943, Lai Raifel ditangkap fasis Jepun ketika beliau seorang diri dalam perjalanan pulang dari mesyuarat.
• Di dalam penjara beliau dikenakan bermacam-macam seksaan di luar batas peri kemanusiaan, termasuk menggunakan bujukan wanita cantik dan lain-lain namun semua helah fasis Jepun tidak dapat menundukkan tekad beliau.
• Kerana tiada cara untuk mematahkan semangatnya, akhirnya beliau dihukum pancung oleh fasis Jepun. Beliau gugur dalam usia 21 tahun.

Khamis, 24 September 2009

JAWAPAN KEPADA SOALAN 17 ogos 2009

Aku ada tanya 2 soalan pada 17 ogos yang lalu... Ini aku beri jawapannya

Soalan pertama:

Apakah yang paling di sukai oleh Lebai Sexs dikala orang lain sedang bersedih?

Soalan Kedua:

Apakah yang paling di benci oleh Lebai sexs disaat Orang lain bergembira?

Jawapan 1 : Mati

Kita akan sedih jika ada kematian keluarga atau rakan2 yang rapt dengan kita tetapi Lebai Sexs Sadis akan berasa gembira kerana bila ada kematian sudah pasti akan ada kenduri tahlil. Bila ada kenduri tahlil Lebai Sexs Sadis dapat makan free. Oleh itu kematian adalah satu kegembiraan kepada Lebai Sexs Sadis.

Jawapan 2 : Kahwin

Kita semua akan merasa gembira bila kita atau saudara mara kita atau kawan kawan kita berkahwin tetapi lebai sexs akan merasa sedih kerana sehingga kini belum ada perempuan yang sanggup menjadi bahan ujikaji sexsnya. Beliau sedih mengenangkan umurnya yang semakin tua tetapi hidup tidak terusrus. Oleh itu kahwin adalah sesuatu yang fobia buat Lebai Sexs Sadis.

Amacam betul tak jawapan tu…..?????

Sosialis Hijau

RAMADHAN DI KAMPUNG TOK LONGKANG

Jika anda mengatakan suasana sambutan ramadhan di Kelantan adalah yang paling istimewa, pendapat anda itu adalah salah sama sekali. Sebenarnya sambutan ramadhan yang paling best sekali ialah di kampong ku iaitu Kampung Tok Longkang.

Sejak dua tahun kebelakangan ini Pas kampong ku telah berjaya menjalankan aktiviti di sepanjang bulan ramadhan di bawah jawatankuasa Boneka Pas Cawangan. Bermula dengan majlis berbuka puasa yang di adakan sepanjang ramadhan sehinggalah kuliah subuh pada pagi esoknya. Semuanya telah di susun oleh jawatankuasa boneka Pas cawangan yang terlalu aktif tahap gaban sejak 2 tahun ini.

Selepas solat zohor ahli-ahli Pas kampong ku akan bersama-sama bergotong royong untuk menyediakan bubur lambok atau kanji untuk di agihkan kepada orang ramai selepas asar nanti. Kegigihan ahli Pas kampong ku dalam kerja-kerja kemasyarakatan mengambarkan kampong ku di bawah kepimpinan ketua boneka telah berjaya menyatu padukan ahlinya yang sebelum ini di lihat berpecah.

Majlis berbuka puasa yang di adakan bagi meraikan seorang Lebai sexs sadis yang masih membujang sehingga kini kerana masih belum bertemu dengan gadis yang sanggup menjadi bahan ujikaji kepadanya telah mendapat pijian daripada orang ramai. Lebai sexs Sadis yang tinggal di sebuah istana yang di pagari hutan lalang di sekeliling rumahnya merupakan seorang yang sanggat zuhud dan bertakwa. Oleh itu dengan menjamu beliau berbuka puasa adalah satu perkara yang paling afdal adanya.

Solat tarawikh pada setiap malam akan di serikan dengan majlis tazkirah yang di sampaikan oleh ustaz-ustaz yang ternama. Majlis ilmu yang di selang seli dengan solat sunat terawikh ini telah memberi keinsafan kepada pejuang-pejuang Islam di kampong ini. Jika selama ini anak isteri mereka tidak menutup aurat tetapi sejak 2 tahun ini 100% anak isteri pejuang Islam di kampong ku telah menutup aurat. Jika sebelum ini mereka hanya memakai tudung bila pergi kenduri tetapi kini aurat mereka sentiasa terpelihara. Anak-anak lelaki mereka sudah tidak memakai seluar pendek lagi dan anak-anak perempuan mereka sudah tidak memakai pakaian yang menjolok mata lagi. Yang paling berkesan hasil dari tazkirah ini adalah mereka sentiasa memenuhi solat berjemaah pada setiap waktu.

Anda akan di sambut dengan kain rentang mengucapkan selamat hari raya yang bersaiz gergasi ketika anda memasuki kampong ini. Sebelum ini kain-kain rentang mengucapkan selamat itu tak pernah di buat kerana ketika itu YDP Pas yang juga master kepada boneka-boneka di kawasan Batu Kawan belum lagi menjadi YDP di sini.

Kemuncak kemeriahan sambutan ramadhan di kampong ku adalah jamuan besar-besaran yang di adakan pada pagi selepas solat aidil fitri. Di fahamkan 20ribu cucuk satey telah di sediakan kepada penduduk kampong oleh Pas cawangan. Keriangan di setiap wajah jemaah yang hadir pada pagi itu jelas terbayang.

Inilah gambaran kepada anda semua bagi menyangah pendapat mengatakan sambutan ramadhan di Kelantan adalah yang paling istimewa. Anda di sarankan datang sendiri untuk menikmati suasana ramdhan yang paling istimewa di kampong ku. Aku sendiri tidak menyangka sejak 2 tahun ini Pas kampong ku telah membangung dengan begitu pesat sekali di bawah kepimpinan YDP yang di datangkan dari sebelah hulu. Tahniah di ucapkan kepada boneka-bonekanya yang telah berjaya menrealisasikan impian YDP mereka untuk menjahanamkan Pas.

Sedang asyik aku menaip artikal ini tiba-tiba badan ku di goyang seseorang. Oi oi bangun la.. Hang ni depan computer pun boleh lena… Aku terkejut… Ehhh hang mai bila?... aku terkejut di depan ku berdiri seorang kawan. Rupa-rupanya aku ni tertidur dan bermimpi… baru ku sedar cerita tadi tu hanyalah mimpi ku… Hakikatnya Pas di kampong ku sudah 2 tahun masuk KUBURRRRRRR

Sosialis Hijau

SENSASI : ISTERI TARZAN MINTA CERAI


Tarzan cuba menyelamatkan isterinya Jane dari terpedaya dengan Lebai Sexs Sadis

Dengan tersiarnya penunjuk arak jalan ke rumah aku sebelum raya dulu dengan tidak di sangka-sangka aku telah di hubungi oleh isteri Tarzan yang bernama Jane bertanyakan bagaimanakah untuk datang ke Kampung ku.. Dalam perbualan di dalam talipon itu isteri Tarzan itu telah memberitahu kepada ku bahawa beliau telah pun memfailkan tuntutan cerai dari suaminya Tarzan kerana terpikat dengan keindahan rumah Lebai Sexs Sadis. Katanya percintaannya dengan Tarzan dulu kerana terpikat dengan cara hidup Tarzan di dalam hutan tetapi menurutnya lagi Tarzan tidak mempunyai nilai-nilai pengotor dalam kehidupannya.

Apabila membaca blog ini cintanya kepada Tarzan terus pudar dan kini beliau merasakan sudah bertemu cinta sejati yang lebih pandai menjaga keindahan hutan berbanding dengan suaminya Tarzan. Lebih-lebih lagi jika di bandingkan dengan Tarzan, Lebai Sexs Sadis mempunyai kelebihan berSMS lucah dengan isteri dan tunang orang. Katanya, Tarzan walaupun pandai bercakap omputih tetapi tarzan sebenarnya buta huruf dan langsung tidak tahu menekan butang hp untuk berSMS lucah dengannya berbandingkan Lebai Sexs Sadis.

Jane bertanyakan aku tentang hal-hal peribadi Lebai Sexs untuk mengetahuinya agar cintanya nanti kepada Lebai Sexs Sadis tidak tersia. Aku katakan pada Jane aku pun tak berapa nak kenal dengan Lebai Sexs Sadis ni tetapi menurut smsnya pada tunang orang yang bernama Salmi, Lebai Sexs Sadis mengatakan beliau adalah seorang guru besar dan ahli perniagaan.Menurut smsnya kepada Salmi lagi Beliau juga mempunyai sorang kuli di tempat pernigaannya yang bernama Hazmi Bin Ishak. Lebai sexs Sadis juga menurut sms tu berkata masa beliau banyak habis dengan berada di surau untuk melayan ustaz-ustaz di waktu zohor sehinggalah asar. Lebai sexs sadis juga menurut sms lucahnya kepada salmi adalah seorang yang suka beronani mengunakan minyak lintah. Dalam smsnya kepada salmi itu juga beliau selalu memaksa salmi bunyikan ghairah di dalam talipon.

Isteri Tarzan itu meminta aku kirimkan padanya gambar tempat perniagaan Lebai Sexs Sadis untuk beliau mengetahui betapa besarnya perniagaan Lebai Sexs Sadis. Oleh kerana aku tidak mempunyai gambar tempat perniagaanya itu aku katakan pada Jane yang aku akan siarkan gambar tempat perniagaan Lebai Sexs sadis dalam blog aku apabila aku ambil gambar itu nanti.Aku katakan pada Jane jika hendak mengetahui cerita Lebai Sexs Sadis dengan lebih lanjut beliau boleh melawati alamat berikut……

Nampaknya keunikan hutan lalang di rumah Lebai Sexs Sadis telah berjaya mengalakan lagi pelancongan yang akan datang ke Malaysia. Dunia perfileman kita juga di jangkakan akan lebih rancak dengan kehadiran Jane ke Malaysia untuk menjadi isteri kepada Lebai Sexs sadis. Dengan itu juga kata-kata bahawa Lebai Sexs Sadis akan tua dalam kain akan terhapus dengan kesudian Jane untuk menjadi isteri kepadanya.

Walaupun begitu keputusan Jane ini sudah tentu akan mengecewakan suaminya Tarzan. Tarzan seharusnya sedar bahawa isterinya Jane bukan saja sukakan dengan keindahan hutan tetapi isterinya juga sukankan seorang lelaki yang pengotor dan pemalas. Apa yang bimbangkan adalah jika Jane tidak dapat datang ke Malaysia, anak siapakah yang bakal menjadi Jane sebagai suri hati lebai sexs sadis. Yang pastinya perempuan yang akan menjadi isteri Lebai sexs Sadis ini perlulah bersedia untuk menjadi bahan ujikaji dan tinggal dalam rumah di kelilingi hutan dan berbau busuk. Hanya Puspawangi saja yang mampu lakukannya… itu pun kerana Puspawangi mengetahui bahawa Tok Janggut itu adalah Raja Muda Pura Chendana sedangkan Lebai Sexs Sadis tak lebih daripada putera Papa Kedana…..

Sosialis Hijau

CORETAN SYAWAL INI

190909

Jam 2 pagi aku terima panggilan dari seorang kawan meminta aku datang ke Bandar Perda. Katanya ada satu kerja yang aku kena buat. Aduh ikutkan hati penat betul kerana baru saja sampai dari Kampung sejam tadi. Esok dah nak raya.. Aku gagahkan juga kesana. Jam menunjukan sudah 2.30 pagi tapi orang masih ramai bermundar mandir di situ. Aku terus berjumpa kawan tersebut bertanyakan kerja apa yang aku nak buat. “tak payah buat kerja”katanya. Hang dok sini kami nak bayaq fitrah kat hang. “Eh pasai apa nak bayaq kat aku pulak?’ Hampa jangan dok merapu… “hang terima sajalah… Ishhh aku tak leh terima la. “Kami nak bayar kat hang pasai hang komunis” Perjuangan mesti di teruskan” Bila di minta untuk menerima juga akhirnya aku buat keputusan menerima sebagai wakil saja.

Maka semalam aku dengan sendirinya melantik diri sendiri menjadi amil yang tidak bertauliah menerima zakat fitrah daripada 17 orang pembayar. Tapi sekarang ni pada sapa yang nak aku serahkan wang zakat ni? Hari ni dah raya… Emmm oleh kerana amil adalah 1/8 asnaf yang boleh menrima zakat fitrah maka aku sapu kat akulah….. Terima kasihlah pada kawan2 yang membayar zakat fitrah kat aku… tahun depan bayaq awai sikit boleh aku……………

Teringat masa aku dalam mesyuarat Pas cawangan untuk memberi zakat kepada fakir miskin 3-4 tahun yang lalu… Aku cadangkan agar antara yang patut di beri perhatian ialah kepada Kawan aku Ali (Pada ketika itu Ketua Dewan Pemuda Pas Batu Kawan ///*** BUKAN KETUA PEMUDA LA NI…. YG LA NI CUMA BONEKA SAJA.. SATU APA PUN TAK RETI) cadangan aku di bantah kerana atas alasan beliau berkahwin dua. Lihat betapa jahil murakapnya mereka yang anak bini tak menutup aurat ini. Dalil yang mana mereka gunakan mengatakan orang yang berkawin dua tak boleh menerima zakat? Sedangkan Ali yang begitu banyak berkorban untuk parti tidak pernah mereka lihat. Tak pernah siapa yang ambil peduli dengan kesusahannya. Yang ada pada mereka hanyalah perasangka buruk kepadanya. Kini bila kawan ku Ali sudak tidak ambil tahu lagi, puaslah hati golongan munafik ini.

200909

Hari ini menyambutlah hari raya semua umat Islam di seluruh dunia. Yang puasa, yang tak puasa. Yang .sembahyang yang tak sembahyang. Yang Pas, yang Umno, yang Pkr, yang Dap, yang takdak parti. Yang mukmin, yang munafik. Yang pakai kepiah hitam, yang pakai lebai putih, yang sokong Islam dan yang lawan islam semuanya menyambut hari raya hari ini.

Termasuklah aku yang dikatakan sesat kerana menyokong sosialisme dan komunisme. Tak pastilah pulak setinggi mana ilmu mereka nak mengatakan sosialisme dan komunisme itu sesat sedangkan yang aku tahu soalan SRP yang objektif tu pun dia kantoi.

Lepas sembahyang raya aku balik rumah.Malas nak pi mana.. Dulu masa jadi barua pagi-pagi raya kena pi rumah orang ni rumah orang tu. La ni aku dah tak jadi barua dah jadi dok rumah tunggu orang mai saja. Anak-anak aku selepas bersalam dengan aku semuanya dah pergi memungut cukai. Aku pun terpaksalah membayar cukai kepada budak-budak yang bertali arus ke rumah aku. Budak-budak sekarang memang hari raya ni adalah ahri untuk mengutip cukai pintu dari rumah kerumah. Tak perlu jemput masuk rumah lagi kerana sememangnya tujuan mereka datang adalah untuk memungut cukai… berdiri depan pintu saja… bagi duit depa blah… taklah pulak aku nak kata baik atau tidak budaya ni.. apa yang aku nampak banyak yang tak baiknya dari yang baik… yang baiknya hanyalah anak aku nanti nak belanja aku tengok wayang… kah kah kah.. Cuba la lu orang semua pikir… Anak aku 5 orang, tolak yag sulung tu yang dah bersara dari kerja-kerja mengutip cukai tinggal 4 orang yang masih boleh memungut cukai. Kalau sorang anak aku boleh kutip RM150.00 darab dengan 4 orang dah RM600.00. Huhh banyak tuEmmm aku ingat nak ajak anak aku pi pekena kambing panggang kat Mutiara Café la malam esok……. Setakat aku dok tengah menulis ni aku rasa dah lebih 80 orang budak2 mai rumah aku…

Itu cerita budak-budak kampong yang aku rasa paling kuat boleh buat collections RM200.00 ke bawah je. Ntah bagaimana pulak budak-budak dari golongan bangsawan dan hartawan. Tak pulak aku mampu memberi jawapannya kerana aku tidaklah pernah merasai kehidupan bermewah-mewah seperti itu. Tapi kalau depa mai raya kat kampong, aku rasa jumlah duit raya yang budak-budak kampong dapat tu bagi mereka Cuma sekadar boleh beli makanan kucing saja…

Aku malas nak bukak TV hari ni kerana aku tahu tak ada cerita lain melainkan menyanyi dan tayangan buah dada artis pada waktu ini.. Golongan yang paling meriah menyambut raya sapa lagi kalau bukan gang-gang artis ini. Aku ni dari zaman kecik-kecik lagi dah meluat dengan artis melayu ni. Macam haram jadah. Tapi kalau otai-otai macam Search, Wings, Cromok dan gang-gang underground tu ok la. Ada la nilai seni sikit kat depa ni. Ini macam Siti Norhaliza pun ada hati nak jadi artis… Ishh si Siti ni sejak dia masuk bintang RTM aku dah meluat kat dia… Baik aku layan lagu retro dalam PC aku ni lagi best…

210909

Hari ni adalah hari yang meletihkan. Dari petang sampailah kul 12 tengahmalam tak henti-henti menyambut kedatangan kawan-kawan. Tak jadilah nak pi menguji suara yang telah sekian lama tidak di uji iniTapi yang best anak-anak aku la sebab yang datang menghulurkan sampul berwarna hujau. Emm…. Anak ramai ni tak rugi..

Tima kasih la kepada yang sudi datang.

220909

Hari raya ketiga ni rumah masih di kunjungi tetamu. Ingat nak paw anak2 pi tengok wayang tapi sampai ke petang masih ramai sedara mara yang datang. Lepas maghrib kawan ku azahar datang ajak keluar.. Fuhh baru la nak boleh bebas sikit. Tempat biasa la…

Kul 1 pagi kami masih di Nasmir… antara yang join Pak Duan dan Halim.. Topik utama tak lain tak bukan mestilah cerita saudara baik kami Mohd Zan Durany.. dari cerita sexs sadisnya sampailah cerita beliau bakal di lantik menjadi Pengerusi kelab Angkatan Bujang Tua pada tahun depan. Nasihat kami pada Halim agar jangan pulak nanti jadi pengikut Mat Zan dalam kelab jantan tak lakunya. Kami juga tertunggu-tunggu anak gadis sapalah yang bakal menjadi bahan uji kajinya kalau di takdirkan berkahwin dengan Lebai Sexs Sadis ni…. Eeee ngeri aku…. Kami tak dapat bayangkan kalau anak……… atau anak………. Atau anak…… atau anak……… menjadi isterinya...


Sosialis Hijau

Khamis, 17 September 2009

SALAM AIDUL FITRI DARI PEJUANG KEMERDEKAAN TANAH AIR

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA SOSIALIS HIJAU

Assalamualaikum,

Salam aidulfitri kepada semua peminat setia blog Sosialis Hijau. Semoga sentiasa dirahmati Allah kehidupan kita seharian. Selamat terus menjalani saki baki ibadah puasa yang tidak berapa hari lagi.

Ramadhan yang bakal berlalu sudah pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam bagi kita yang mengerjakan segala amalan dan meninggalkan segala tegahan yang maha Esa. Sudah pasti selepas dari ini kita sudah tidak akan berpeluang lagi untuk mengerjakan solat tarawikh sehinggalah ramadhan yang akan datang, itu pun jika masih di beri kesempatan untuk kita terus hidup di atas dunia ini.

Syawal yang bakal menjelma pula adalah satu anugerah kepada kemenangan kita dalam menunaikan perintah Allah tanpa punyai sifat hipokrit. Kita terus berpuasa walaupun kita boleh tidak berbuat demikian jika kita mahu. Tiada siapa yang tahu jika kita tidak berpuasa tetapi atas keyakinan bahawa masih ada yang tahu segala perbuatan kita, kita tidak makan walaupun di belakang orang. Inilah sifat yang harus di bawa di luar ramadhan. Keyakinan bahawa Allah melihat apa yang kita lakukan sepatutnya berterusan hingga syawal dan bulan seterusnya.Walau pandai sebagaiman sekalipun kita berlakun dengan pakaian islam, ianya tidak akan kekal lama. Di depan orang kita tunduk warak tapi di belakang orang sms lucah kepada perempuan bagaikan terlupa kiraman katibin berada di sisinya. Semoga perangai hudoh seperti ini akan terhindar dari kita.

Di kesempatan ini saya menghimpun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran yang telah saya lakukan sama ada yang di sengajakan atau yang tidak di sengajakan. Sesungguhnya kita sebagai manusia sudah pasti tidak akan terlepas daripada segala kelemahan dan kesilapan.

Di dalam blog ini juga saya secara terang memohon ribuabn kemaafan kepada insan-insan berikut :

1. Buat ibu yang mengandung selama 9 bulan
2. Buat isteri yang tersayang
3. Buat anak-anak Syukry, Lyana, Aqil, Amrozi dan Fadhil Noor.
4. Buat kakak aku Liza, Ina, dan Kak Teh, serta keluarga mereka
5. Buat kawan-kawan yang cerdik-cerdik. Kawan kawan yang tidak sama sekali dapat di perbodohkan oleh Dajal dan barua-baruanya. Lu orang semua memang kawan sejati. Maafkan aku kerana hampa selalu kena belanja aku. Sudah lama suara ini tidak di uji bakatnya.
6. Buat teman-teman seperjuangan yang berAgama islam dan bukan beragama Islam. Gua mohon maaf sama Lu orang semua. Hidup tanpa perjuangan ibarat mati yang belum mati.
7. Buat semua pembaca bloq ini maafkan aku kerana tiada tapisan bahasa dalam tulisan aku di bloq ini.
Long list are fucking boring.....
8. Dan yang paling istimewa ucapan hari raya aku tujukan khas buat rakan-rakan di perkampungan Shukirin Thailand. Sesunguhnya perjuangan teman semua adalah inspirasi buat kami di sini. Percayalah kami adalah penyambung mata rantai perjuangan anda disini. Maafkan aku kerana aku adalah yang pernah termakan propaganda penjajah mengatakan anda semua adalah penganas. Percayalah kebenaran pasti datang.

Akhir kata aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR

Semoga ramadhan yang bakal berlalu akan meninggalkan kesan ketakwaan kepada kita.

Di sini juga saya mengambil kesempatan untuk menjemput semua lawan dan kawan untuk ke rumah saya pada hari raya kedua jam 3 – 5 petang. Cumanya hari raya tahun ni tak buat besar kerana bajet ciput. Tahun lepas pasal PRK Permatang Pauh dan aku dapat durian runtuh RM6k bolehlah buat makan macam2. tahun ni dah tak ada. Apa pun harap semua sudi bertandang ke rumah saya.

Untuk menyenangkan semua datang ke rumah saya di bawah ini saya sediakan plan kerumah saya.

SOSIALIS HIJAU

PETUNJUK JALAN KE RUMAH AKU….

Bagi yang mahu datang beraya ke rumah aku di bawah ini aku sertakan petunjuk jalan untuk sampai kerumah aku. Petunjuk ini adalah bertujuan untuk anda tidak sesat jalan kerana kampong aku berada di dalam hutan…

Selamat Datang Ke Kampung Tok Longkang.

Bila anda berjumpa Tong sampah tepi longkang ini… ianya menandakan anda telah sampai ke permulaan jalan masuk ke kampong ku yang di beri nama Kampung Tok Longkang.

Kemudian anda akan berjumpa longkang yang telah di baiki yang sebelum ini runtuh. Inilah hasil kerja keras Wakil Rakyat di sini Yang Berhormat Ong Long Kang. Kejayaan membina semula longkang yang runtuh ini adalah satu-satunya mercu tanda kegemilangan YB Ong Long Kang sejak menjadi wakil rakyat 2 tahun yang lalu.

Anda akan melalui bawah jambatan ini tapi berhati-hati kerana kadang-kadang di bawah jambatan ni ada penunggu…lebih-lebih lagi time orang pi sembahyang jumaat Penunggu Longkang!!

Haaa kini anda telah tiba di Kampung ku, Kampung Tok Longkang. Tengok berapa banyak papan tanda menyambut anda ke kampong ku yang indah nan longkang ini. Ini adalah tanda kerajaan perpaduan PAS dan UMNO akan bermula di kampong ku.

Masuk sikit ke dalam kampong anda akan berjumpa jalan yang macam longkang ini. Anda jangan keliru. Inilah hasil kretif YB Ong Long Kang mencipta longkang daripada jalan. Canggih tak??

Di sepanjang jalan masuk ke rumah aku anda akan di indahi pandangan dengan permandangan yang menghijau ini. Atas sebab tebalnya hutan di kampong ku maka dengan sebab itulah aku terpaksa memberi petunjuk agar anda semua tidak tersesat. Perlu di ingatkan ini bukannya hutan kampong. Hutan Kampung terletak di Kubang pasu tapi ini adalah kampong hutan. Kena pandai beza tu….

Di dalam hutan ini pulak anda akan di pamerkan benda ini. Ini satu lagi mercu tanda kampong ku yang bersih lagi berseri….nak buang sampah buang saja dalam hutan tepi jalan.

Haaaa kini anda telah sampai ke kemuncak petunjuk ke rumah ku… Jika anda tidak berjumpa rumah ini anda pasti tidak akan sampai ke rumah aku. Inilah rumah sahabat baik ku yang alim lagi warak saudara Mohd Zan Bin Durany. Jika anda tak jumpa rumah ini anda boleh tanyakan siapa saja yang anda temui di manakah rumah sahabatku saudara Mohd Zan Durany. Beliau juga adalah pengerusi Pasti Kampung ku dan merangkap AJK Pasti Negeri Pulau Pinang. Anda jangan risau akan tersilap rumah kerana tiada rumah yang sebersih ini di kampong ku melainkan hanyalah rumah saudara ku MohdZan Bin Durany. Keindahan rumahnya adalah tanda kebersihan yang ada di dalam hatinya. Sehingga kini kami masih sangsi baja apakah yang di gunakan olehnya bagi menyuburkan tanaman di sekeliling rumahnya. Sehingga kini kami hanya membuat rumusan kerajinan + sifat kebersihan + kesenian yang di amalkan olehnya adalah salah satu sebab pokok-pokok itu membesar dengan suburnya.

Tu diaaaa .. ni baru longkang rumah aku..Maknanya anda sudah sampai ke rumah aku. Longkang ni namanya longkang ayaq acaq. Terima kasih wakil rakyat kami YB Ong Long Kang Kong kerana begitu perihatin dengan nasib rakyat..

Haaa kat depan longkang ni la rumah aku…

Selamat datang berhari raya ke rumah ku di kampong Tok Longkang.

Sosialis hijau

PROTON WIRA LAMBANG KEMEWAHAN

Tengahari tadi sewktu aku hendak mengambil anak aku, dia beri tahu yang guru besar nak jumpa aku. Time tu aku dressing smart la sikit. Anak aku suruh aku balik tukar baju dulu sebab katanya cikgu nak bagi duit bantuan. Aku pun balik tukar baju lekeh sikit untuk menandakan aku adalah layak menerima bantuan. Masa jumpa dengan Penolong Kanan dia Tanya aku “kerja apa?” Aku kata aku jual nasik lemak. “Harga berapa?” “6kupang” jawabku. “Macam mana berniaga ok ke?” “Sekarang susah sikit sebab ramai yang berhenti kerja.. boleh cukup makan je kata ku”. “Haa ini duit untuk you punya anak beli baju raya” katanya. “Ok” jawabku ringkas. “Wahh banyak suka dapat ini Ang Pau.. Raya pun sudah dekat” katanya pada ku. Aku tak jawab apa. Aku akhiri dengan ucapan terima kasih cikgu.

Amboi cikgu ni mentalitinya macam ketua pemuda Pas Batu Kawan. Pandang lekeh betul kat aku sebab aku ni miskin.. Tapi tak pa RM punya pasai dia nak kata apa mampuih pi kat dia janji RM masuk.

Itu cerita anak aku yang bersekolah cina. Semuanya free. Kelas tambahan free, pakaian free, computer free, makan free, duit lagi RM700.00. Puas hati betui hantaq pi sekolah cina. Anak aku ni tak suka kalau aku pakai kemas-kemas bila ke sekolahnya sebab nanti cikgu kata aku ni senang dan nanti tak dapat RM lagi.Anak aku yang sorang lagi pun dapat biasiswa juga. Setahun RM800.00. Kira ok le tu…

Yang aku nak cerita ni pasai anak aku yang darjah 3 tu. Sebelum ni dia dapat RM500.00 dan pakaian sekolah. Tapi tahun ni dia aku tukarkan sekolah. Guru besar Tanya dia abah kerja apa? Dia kata aku kerja………. (sedangkan dalam borang tulis kerja jual nasik lemak) guru besar Tanya lagi “abah pakai kereta tak?” Anak aku menjawab “pakai.” “Kereta apa?” Tanya guru besar lagi. “Kereta Wira” jawab anakku ringkas. “Ok awak boleh balik kelas”

Tahun ni anak aku yang ni dah tak dapat apa-apa lagi bantuan. Mungkin kerana guru besar merasakan aku sudah tidak layak lagi menerima bantuan. Kerana apa? Kerana aku pakai kereta wira. Nampaknya kereta wira yang kalau aku jual tu Cuma laku dengan harga tak sampai RM10ribu sudah boleh di anggap sebagai kereta mewah, maka aku kini telah di ketegorikan sebagi seorang yang kaya raya. kaya raya sehinggakan aku mampu membeli kereta mewah proton Wira.

Sosialis Hijau

PELURU MENGENA SASARAN

Petang tadi anak aku ajak aku pi Long Wan kedai pakaian untuk orang miskin macam aku ni. Aku terjumpa dengan sesorang yang amat penting dalam salah satu organisasi Pas Pulau Pinang. Sebenarnya aku dah 3 kali berjumpa dengannya tapi aku buat-buat tak nampak je. Kali pertama aku jumpa kat pasar malam. Aku kelencong kot lain tapi tersempak pulak dengan isteri aku. Aku jampuk sikit2 time dia dan bini aku dok bersalam tu. Kali kedua aku jumpa dia kat bazzar Perda, Dia dengan hubby dia, aku senyum je.. Kali ni aku terserempak pulak kat kedai Long wan ni. Dia kata kenapa tak pi masa …………….. Aku kata…. Ntah aku kata apa aku dah lupa. Dia kata nanti jangan masuk blog pulak. Ehhh You pun buka blog I ke? Baru 2 3 hari buka blog You. Dia terus tanya betul ke cerita Lebai tu atau hanya rekaan? Aku jawab tunggu saja… hanya masa yang akan menentukan betul atau salah cerita tentang lebai itu. Last dia minta jangan buat cerita pasal perjumpaan yang kebetulan ini dalam blog aku. Aku kata takkkk. Aku minta no hp dia dan kami pun buat hal masing2.

Nah sekarang tujuan utama bloq ni di wujudkan sudah pu sampai kepada sasarannya. Bila seorang ……………….. telah membuka bloq aku ini adalah kejayaan ku yang boleh di raikan. Sama ada mempercayainya atau tidak itu adalah perkara kedua. Bloq ini masih belum sampai kepada penghujungnya lagi. Masih banyak peluru yang mahu aku taburkan di serbannya dan janggutnya. Tunggu sajalah.

Kita lihat saja sampai bila Lebai ini nak berlakon dengan menjadikan janggut dan kopiahnya sebagai topeng. Kawan aku Mak geduak pun kini dah pindah ke juru. Anaknya pun dah bertukar ke Pasti Juru. Apakah Lebai merasakan kebiadabannya menganggu tunang dan isteri orang boleh di lindungi sampai selama lamanya? Apakah dia merasakan guru Pasti Juru tak akan bertanya apa2 pada isteri mat geduak?

Belum sampai masanya untuk aku sebut nama-nama mereka yang boleh menjadi saksi terhadap kelakuan Lebai sexs ini di dalam blog ini. Tapi dia harus tahu semua sms yang dia hantar kepada Guru Pasti yang bernama azizah telah guru ini tunjukan kepada aku. Apakah dia tak tahu bahawa azizah sudah bertunang? Apakah ini cerita bohong. Sila nafikan wahai lebai. Sila nafikan yang kamu tak pernah berSMS lucah dengan salmi. Kemarin kamu boleh berlakon tapi sampai bila????

Sosialis Hijau.

PS : Buat orang yang aku jumpa di Long Wan tadi, aku nak minta sori sebab ceritakan perjumpaan ini dalam bloq ini. Apapun terima kasih kerana telah menjadi salh seorang yang setiap hari mesti nak buka bloq ini.

Selasa, 15 September 2009

KRONOLOGI PERJUANGAN BERSENJATA ANTI-BRITISH


Penandatanganan 3 pihak - Kerajaan Malaysia, Kerajaan
Diraja Thailand dan PKM pada 2 Disember 1989 telah
menamatkan konflik bersenjata yang memakan masa
selama 41 tahun (1948 -989)


April 1930
  • PKM didirikan di Kuala Pilah Negeri Sembilan. Matlamat perjuangan: lawan imperialisme untuk pembebasan nasional. Semboyan: pembebasan nasional
Mei 1937
  • KMM didirikan, di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Matlamat perjuangan: Kemerdekaan tanah air. Semboyan: merdeka
1941
  • Jepun ceroboh Malaya
  • British adakan latihan singkat latih kader PKM (atas desakan PKM)
1942
  • PKM mendirikan Rejimen 8 Rejimen Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM).
  • Mustapha Hussein atas nama KMM menuntut Jepun memberikan kemerdekaan
  • KMM diharamkan oleh Jepun
Mei 1945
  • PKMM didirikan di Ipoh, Perak, kemudian berpindah ke Kuala Lumpur. Matlamat perjuangan: meneruskan cita-cita KMM, berjuang untuk kemerdekaan tanah air. Semboyan: Merdeka
  • Sayap Pemuda: API kemudian PETA
  • Sayap Wanita: AWAS
  • Sayap buruh: Kesatuan Buruh Melayu
  • Sayap Tani: Barisan Tani Malaya
Ogos1945
  • 1945 Jepun menyerah diri, kerana pengkhianatan ejen dalam selimut Lai Te, penjajah British kembali semula ke Malaya.
  • PKM membubarkan pasukan TAJRM
1946
  • Abdullah C.D. dan pimpinan tinggi PKMM pindah ke Kuala Lumpur, menginap di Rumah Merdeka dengan bantuan Sutan Djenain.
  • Abdullah C.D. dirikan Jabatan Kerja Melayu PKM.
  • UMNO didirikan. Matlamat perjuangan: Membela Kepentingan bangsa Melayu. Semboyan: Hidup Melayu
1947
  • Kongres Serantau Asia di New Delhi. Bincangkan soal kemerdekaan tanah-tanah jajahan dan setengah jajahan. Rombongan Malaya - Dr. Burhanuddin, Ganapaty, Miau Siau, Abdullah C.D. Salleh Daud atas nama kesatuan buruh dan PKMM, Ibu Zain atas nama wakil bebas.
  • penjajah British menelurkan Malayan Union. UMNO mempelopori perjuangan.
  • Barisan Bersatu Putera Amcja ditubuhkan – mengemukakan 10 fasal perlembagaan rakyat untuk sebuah negara merdeka.
Feb. 1948
  • Penjajah British menelurkan Persekutuan Tanah Melayu. Tuntutan kemerdekaan dari PUTERA – AMCJA diketepikan
Mei 1948
  • Abdullah C.D., Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam mengadakan pertemuan sulit , memutuskan perjuangan kemerdekaan harus menempuh 2 cara serentak – perjuangan massa dan perjuangan bersenjata.
Awal Jun
  • Sekolah Parti Kem SeMalaya di Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang, persiapan melancarkan perjuangan bersenjata menentang penjajah British.
Pertengahan Jun 1948
  • Penjajah British mengistytiharkan Undang-Undang Darurat. Semua parti-parti yang berjuang untuk kemerdekaan diharamkan. Parti2 itu ialah: PKM, PKMM, API/PETA, AWAS, BTM, Hisbul Muslimin, Kesatuan2 Buruh dan lain-lain. Pemimpin gerakan kemerdekaan ditangkap. Antara mereka ialah Ahmad Boestamam, Pak Sako,Kamarulzaman Teh, Rashid Maiadin, Abdullah C.D., Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan ramai lagi.
  • PKM melancarkan perjuangan bersenjata. 8 Rejimen pasukan TAJRM dipulihkan semula.
  • aktivis PKMM, API, AWAS, Barisan Tani berundur ke hutan bentuk pasukan gerila
1 Februari 1949
  • PKM merasmikan pasukan gerila anti-British sebagai TPNM.
21 Mei 1949
  • Abdullah C.D. mendirikan Rejimen Ke-10 di Kerdau, Temerloh, Pahang.
1950
  • Tunku Abdul Rahman ambil alih UMNO – memulakan perjuangan untuk kemerdekaan, semboyan Hidup Melayu dibubah menjadi Merdeka. Semua parti politik berjuang utk kemerdekaan – UMNO dan perjuangan bersenjata.
1953
  • peperangan yang berlangsung menyebabkan penjajah British terlepur dalam rawa-rawa perang yang tak bertepi.
  • Akibat dari perang tersebut, penjajah British menerima pukulan yang teruk dibidang ekonomi, politik dan militeri.
  • sebahagian pasukan Rejimen Ke-10 dipindah ke kawasan sempadan.
1955
  • Perundingan Baling, antara PKM dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Tunku memaksa PKM menyerah diri dan menerima syarat penjajah British. PKM menolak dengan tegas di atas dasar tidak adil dan tidak menasabah.
  • PKM meneruskan perjuangan bersenjata. Berlangsunglah perang dalam negeri.
31 Ogos 1957
  • British mengiktiraf kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu tetapi tetap mengawal bidang ekonomi dan ketenteraan.
1988
  • perundingan tingkat rendah antara Abdullah C.D. dan Ghafar Baba. Kedua-dua pihak telah mengenal tititik persamaan untuk menamatkan peperangan.
1989
  • perundingan tingkat tinggi antara PKM, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Diraja Thailand
2 Disember 1989
  • Upacara penandatanganan persetujuan damai 3 pihak di Haadyai. Selatan Thai Perjuangan bersenjata ditamatkan, pasukan TRM termasuk Rejimen Ke-10 dibubarkan dan semua senjata dimusnahkan.

JALAN JALAN CARI MAKAN 150909

Hari ni aku pusing2 kat Sungai petani. Aku terjumpak 2 benda yang aku rasa aku nak ambil gambar.

Gambar pertama yang ini :-

Papan ucap selamat Hari Raya oleh UMNO. Depa boh muka ketua-ketua cawangan kat situ… Tengok betul betul muka depa….. Ada tak adik beradik hampa?

Gambar kedua yang ini:-


Aku tak tau ni bendera apa? Bendera parti ka bendera negeri? Yang pastinya bendera ni Cuma 1/3 daripada saiz bendera biasa. Nak kata bendera Pas, warna dah betul hijau tapi bulannya tiada pulak. Munkin bendera parti baru kot… Parti mat Zan Lebai Pemalas….

Sosialis Hijau

Isnin, 14 September 2009

KAMPUNG TANJUNG TOKONG SELEPAS KG BUAH PALA

110909

Malam ni aku Teh, Sook Hwa dari Jerit, seorang siswi USM Pie Lin dan seorang penduduk Kg Buah Pala (aku terlupa nama dia) ke Tanjung tokong untuk bertemu dengan Persatuan Penduduk di situ bagi membincangkan isu pengusiran paksa kerajaan BN di bawah UDA terhadap kampong warisan melayu ini. Kami di sambut oleh pengerusi Cikgu Salleh iaitu pengerusi persatuan penduduk di situ. Turut hadir dalam perjumpaan ini adalah Mr Garry iaitu pengerusi Parti Rakyat Malaysia(PRM) Pulau Pinang.

Kami telah di beri taklimat oleh Cikgu salleh tentang asal usul kewujudan perkampungan Tanjung Tokong. Menurutnya asal nama Tanjung Tokong adalah Tanjung Dato Kong. Tokong bukan membawa maksud berhala tetapi berasal daripada nama individu yang benrnama Dato Kong. Pihak British telah menukar nama Dato Kong kepada Tokong bagi mengambarkan kepada generasi kini bahawa kawasan itu bukanlah satu kawasan melayu. Kawasan ini telah di serahkan kepada UDA pada tahun 1971 bagi membangunkan kawasan perkampungan ini tanpa menjejaskan tradisi perkampungan warisan ini.

Menurut Cikgu Salleh kawasan Tg Tokong ini telah wujud sejak 200 tahun lalu iaitu sebelum terserahnya Pulau Pinang kepada British oleh Sultan Kedah. Pada tahun 1974 kawasan ini telah di anugerahkan kepada UDA oleh kerajaan BN pimpinan Razak Hussin pada ketika

Menurut cikgu salleh penduduk telah di minta untuk keluar dari perkampungan ini bagi tujuan projrk pembangunan yang akan di bina di sini. Penduduk telah di tawarkan saguhati sebanyak RM1ribu jika mahu keluar dan tinggal di sebuah rumah panjang yang telah di sediakan. Wang saguhati sebanyak 1ribu ini hanya akan di beri setelah penduduk merobohkan sendiri rumah mereka. Sehingga kini 20 buah keluarga telah pun berbuat demikian.

Menurutnya lagi Persatuan Penduduk yang di tubuhkan pada tahun 1981, pada awalnya mendapat sokongan padu daripada penduduk Tg Tokong tetapi hasil dari propaganda yang telah menyusup kedalam perkampungan itu akhirnya penduduk kini telah berpecah belah. Ramai penduduk yang tertarik dengan janji-janji yang di berikan oleh pihak pemaju. Yang lebih memualkan lagi cawangan Pas di situ sanggup bersekongkol dengan Umno menyokong pengusiran paksa ini.

Apabila tiba di kampong tg Tokong anda akan dapat lihat sebuah bilik gerakan yang mengabungkan Pas dan Umno disitu. Lebih hebat lagi mereka bertindak seperti Umno dengan menyonteng pintu pagar Rumah Cikgu Salleh dengan cacian dan makian. Mereka ini bercakap soal Islam tetapi perbuatan macam Syaitan.

Apakah kesudahan cerita perjuangan segelintir penduduk di sini di dalam mempertahankan hak mereka. Apakah nasib mereka akan menjadi sep[erti nasik penduduk Kg Buah Pala? Siapa pula yang akan datang di saat semua rumah akan di robohkan untuk memberitahu meeka adalah Hero? Kita nantikan saja nanti.

Sosialis Hijau.

Kain Rentang di hadapan Bilik Gerakan Persatuan Penduduk yang meminta PM campur tangan.. Itulah peliknya mereka masih menaruh harapan kepada laki Rosmah nenen 5kg.


Surat daripada peguam UDA menyatakan kepada penduduk bahawa mereka adalah setingan.

Ini kerja orang pengecut. Orang pengecut sememangnya tak berani berhadapan. Di belakang mereka maki hamun orang tapi bila berdepan terselahlah sifat kemunafikan mereka.

Yang Botak tu adalah Pengerusi Parti Rakyat Malaysia (PRM) Pulau pinang. Beliau juga adalah satu-satunya ahli pembangkang dalam Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) dulu kini dan selamanya.

Pengerusi Persatuan Penduduk Cikgu Salleh

Anwar juga adalah salah seorang yang terlibat dalam projek pengusiran paksa penduduk Tg tokong ketika menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang dulu.

Setiausaha Persatuan Penduduk sedang menunjukan plan kawasan Tg Tokong yang di usir secara paksa oleh Uda.

UPIK ABU DAN LAURA DI BANDAR PERDA BUKIT MERTAJAM.



Hampa kenal tak Opie dan Laura? Haa Lebai Sexs mesti kenai punyalah pasai dia pekerja menonton TV sepenuh masa. Opie dan Laura adalah cerita Indon yang di tayangkan di TV3 setiap hari jam 2.30 petang. Kalau hampa nak kenal dengan lebih dekat lagi Opie dan Laura hampa mai la melawat di Bandar Perda time malam dari jam 7 sampai 3pagi. Kat sini hampa boleh jumpak lebih lagi daripada Opie dan Laura.

Bandar Perda adalah sebuah penempatan yang terletak di Daerah Seberang Perai Tengah. Bandar ini di bina atas rampasan tanah oleh kerajaan UMNO/BN terhadap sawah milik orang melayu dengan pampasan yang di persetujui sebulat suara oleh orang melayu yang berfahaman Pas dan Umno pada ketika itu. Kepala kepada perompak tanah rakyat ini adalah Anwar Ibrahim iaitu pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang pada ketika itu. Antara tujuan lain di wujudkan penempatan di sini adalah untuk menambah undi Anwar yang pada ketika itu menjadi ahli parlimen BN di sini. Timbalan ketua Menteri pada ketika itu yang juga telah di kenali sebagi Mr 10% adalah barua kepada Anwar dalam merampas tanah orang melayu di sini.

Kini kawasan sawah ini telah pun menjadi Bandar yang di namakan dengan nama Bandar Baru Perda. Di dalamnya adalah One Stop Centre. Nak apa semuanya ada. Nak makan… ada…. Nak minum…. Ada…. Nak Pakaian…. Ada… Nak karoke …. Ada….. Nak Disko ada… Nak snooker .. ada… Nak betina pun ada… Yang tak dak hanyalah Lebai Zan dan bonekanya saja.. Kenapa depa tak dak?? Sebab gang aku ramai kat situ… Lagi pun Lebai Zan yang juga merangkap ajk PASTI NEGERI PULAU PINANG (Bold ayat ni bagi orang baca.. nanti boleh depa repot polis… Lama aku dok tunggu polis mai ambik aku) mana suka tempat2 yang banyal pompuan pakai baju tetek membonjol.. Mat Zan Durany ni dia Cuma suka main sms sexs dengan tunang orang je tapi hatinya baik

Di bulan puasa ni Bandar Perda cukup terkenal dengan bazaarnya. Yang paling popular adalah gerai-gerai yang menjual pakaian terpakai atau di kenali dengan Bundle.. Anda jangan salah anggap dengan pakaian terpakai ini. Pakaian terpakai di sini adalah pakaian yang berjenama yang boleh di jual dengan harga ribuan ringgit Malaysia.
Dan yang paling menarik di sini ialah kehadiran Upik Abu dan Laura yang selalu mengunjungi kawasan perniagaan ini. Mereka ini umpama artis. Pakaiannya bukan saja menjolok mata tetapi membuat terasa zakar ingin menjolok (Perkataan zakar adalah perkataan yang lembut di gunakan oleh MOHD ZAN BIN DURANY.. PENGERUSI PASTI KAMPUNG TOK PANJANG ketika berSMS sexs dengan seorang tunang orang yang bernama SALMI..)

Siapakah anak gadis ini? Mereka adalah anak dara saudara kita… mereka adalah anak yang tak ada dara saudara kita….Mereka adalah janda-janda saudara kita… mereka adalah isteri –isteri saudara kita…. Mereka adalah ibu-ibu kepada saudara kita…. Mereka adalah nenek-nenek kepada saudara kita… Mereka juga mungkin anak, isteri dan ibu kita. Mereka ini dari keluarga orang Pas… mereka ini adalah dari keluarga orang Umno.

Mereka berpakaian seperti Upie dan Laura kerana mahu mereka di lihat dengan penuh nafsu oleh kita… Mereka mahu memperagakan buah dada mereka yang membesar dan berlurah itu kepada kita.. Mereka mahu memberitahu dunia bahawa walaupun bapa-bapa mereka ini berserban dan berjubah tapi sebenarnya bapa-bapa mereka sporting.. Bapa2 mereka tak kisah kalau mereka berpakaian begitu. Asalkan sokong parti Islam semuanya sudah selesai.. Anak isteri tak tutp aurat pun taka pa kerana mereka berada dio jalan yang lurus…

Oleh itu sesiapa yang nak tengok buah dada percuma anak orang Pas dan UMno datanglah ke Bandar Baru Perda Bukit Mertajam. Kat sini ada anak dara orang Pas dan Umno yang sebijik macam Opie dan Laura..

Sosialis Hijau

090909 HARI RADIO SEMALAYSIA

Hari ini adalah hari yang telah di istiharkan sebagai Hari Radio Semalaysia. Malaysia adalah Negara ketiga yang menyambut Hari Radio di dunia ini walaupun sebenarnya Hari Radio ini telah di mulakan di America pada tahun ntahhhh.

Seperti biasa di setiap pagi aku pasti tidak ketinggalan untuk mendengar Sinar FM yang di acarakan oleh Trio Sinar Pagi iaitu Saleh Yaakop, Raja Azura dan Khairil Rashid. Trio ini memang gila-gila dan sejak mereka mengantika Halim Othman Sinar Pagi kini telah menduduki carta teratas dalam hit rancangan radio pagi…. Oppp dok promosi apa pula aku ni…

Sebenarnya apa yang hendak aku ceritakan di sini adalah semperna sambutan Hari Radio Semalaysia, Sinar FM telah menjemput DJ2 veteran yang pernah menjadi DJ di RTM pada suatu ketika dahulu. Aku nak cerita tentang seorang DJ veteran yang bernama Kak Yong. Bagi mereka yang kini berumur 30 tahun ke atas pasti mengenali Kak Yong iaitu seorang pengacara rancangan kanak-kanak di RTM pada satu ketika dulu. Suara Kak Yong begitu meluruhkan jantung yang mendengarnya, masih tak ubah seperti 20 tahun yang lalu. Mungkin mereka yang tak mengenali Kak Yong jika mendengar suaranya akan mengatan umurnya di sekitar 20an. Aku sendiri terpikir berapakah umur Kak Yong sekarang? Rupa-rupanya usianya telah mencecah 54 tahun. Dah jadi nenek kebayan tapi suaranya seperti anak dara sunti.

Bila mengetahui umurKak Yong 54 tahun, aku mula terbayang wajah Kak Yong terkini. Aku bayangkan orangnya sudah pasti gedempol dan mungkin kini sudah bertudung. Aku terus membuka web Sinar FM untuk menyaksikan sendiri wajah Kak Yong terkini…Alamak tersasar apa yang aku bayangkan, rupa-rupanya kak Yong ini masih slim dan tidak bertudung… Mungkin daya imaginasi aku tidak sehebat Mohd Zan Durany atau lebih di kenali sebagai Lebai Sexs pengerusi Pasti kat kampong aku (Repot polis cepat… ini fitnah yang telah menjatuhkan nama Pasti)

Haa pointnya bukannya aku nak cerita pasal Kak Yong tapi aku nak cerita pasai orang pompuan dah tua pun tak reti-reti nak tutup aurat lagi. Kesian la kat laki hampa yang dok sembang bab Islam tapi bini depa tang kedada lagi kat depan rumah. Laki hampa ni orang lain semuanya tak betul…. Orang lain semuanya sesat… Umno kapiaq….Orang dengaq mesti hebat laki hampa ni. Aduh bila orang pi rumah bini dia tak tutup aurat… kesian kat dia…

Ni la cerita pejuang Islam…. Ni la cerita pasai nak tegakkan Negara islam… Ni la cerita pasai hanya penyokong parti mereka yang masuk syurga… Mereka umpamakan diri mereka seperti nabi Noh dan Nabi Lut kerana anak isteri tak mahikan Islam. Mereka sebenarnya tidak sedar mereka adalah jantan dayus. Jantan yang tak mampu untuk membuat perubahan dalam keluarga. Jantan yang takutkan bini tak kena tempat.

Mungkin inilah sebabnya Lebai Sexs kat kampong aku tak menikah lagi. Mungkin masih belum ada wanita yang termampu untuk mengisi hatinya yang suci itu. Namun begitu bersyukurlah kerana sehingga kini belum ada wanita yang sanggup menjadi bahan uji kajinya… Ntah lah anak sapa yang akan malang nasibnya bakal menjadi bahan uji kaji Lebai Sexs kampong aku.

Sosialis Hijau.
6/9/09

Hari ini aku ada di Baling. Tengahhari tadi aku berjumpa dengan Cikgu Ki Adun Pas Kuala Ketil. Masa aku kenal YB Cikgu dulu Ki beliau masih menjadi pengetua SRIDU di Baling. Hari ini aku jumpa dia, dia dah jadi wakil Rakyat. Dulu aku takmau ambik gambaq dengan dia pasai dulu dia tak glamer tapi hari ni aku ajak dia ambik gambaq dengan aku pasal dia dah jadi YB.


Bersama ADUN Kuala Ketil cikgu Ki di Pejabat Pemuda Pas Baling.

Petang tu aku ronda Pasar Ramdhan kat Kupang. Best jugak pasar Ramadhan kat sini. Kalau kat rumah aku, aku tak pernah pi pun. Bukan pasai apa aku ni kan dah ada bini dan bini aku pulak pandai la pulak masak memasaknya jadi tak perlulah nak perabih duit pi membeli kat pasar ramadhan yang makanannya sikit punya mahal tu. Tapi kat Baling ni lain sikit. Makanan kat sini murah-murah. Kuih masih di jual dengan harga 4biji 1RM. Yang bestnya murtabak punya la nala baru RM1. Mana nak cari kalau kat negeriku yang ku cinta Pulau pinang tu.


Kalau kat penang murtabak macam ni punya saiz mau la kena RM3.50 tapi kat sini hanya RM1.00. Bila nak kaya bang…. Tapi ok gak boleh la orang susah macam aku ni beli 5 bijik.

Sembahyang terawikh kat sini walaupun di buat 20 rakaat tapi imamnya stedy bro. Tak la macam sesetengah imam yang speed metal cakap lu. 10 tahun yang lepas aku ingat lagi dengan seorang Imam yang aku panggil Pak Lah saja kat Masjis Kg Tawar di sini. Orangnya sudah lanjut usia. Di ketika itu tazkirah masih baru popular di sekitar masjid tertentu sahaja. Imam Lah ini selepas 10 rakaat sunat terawikh akan bangun dan akan beri tazkirah selama 5minit. Tazkirahnya cukup berkesan kerana ianya menyentuh isu setempat. Tak perlu masjid nak pikir nak bayar berapa padanya. Apa kata hampa try tengok panggil Ustaz yang dok sembang bab jihad tu lepas tu time salam hampa salam tangan kosong je. Cuba Try Test…………

Khamis, 10 September 2009

PSM SOKONG PELAKSANAAN AKTA GAJI MINIMA UNTUK PEMBANTU RUMAH

Parti Sosialis Malaysia menyokong tuntutan gaji minima RM800 untuk pembantu rumah yang dituntut oleh Indonesia. Kami seterusnya juga menuntut supaya kerajaan mengambil langkah-langkah segera untuk menggubal Akta Gaji Minima bagi semua sektor pekerja di Malaysia dengan menetapkan kuantum gaji minima pada RM1, 200 seperti disyorkan oleh MTUC.

PSM berpendapat bahawa tuntutan RM800 adalah munasabah dalam konteks peranan penting yang dimainkan oleh sektor pekerja ini. Pembantu rumah sudah menjadi ‘indispensable’ di Malaysia dalam konteks kemerosotan keluarga kembangan. Pada masa yang sama, pihak kerajaan dan kaum majikan sudah gagal untuk menyediakan kemudahan pusat jagaan yang mencukupi, mampu dibayar dan berkesan untuk kanak-kanak dan warga kurang upaya.

Kepentingan pembantu rumah diakui oleh Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil tetapi beliau menentang cadangan RM800, atas sebab ianya akan membawa impak besar kepada ekonomi negara. Menurutnya ia akan mengakibatkan wanita Malaysia (hanya wanita bukan lelaki!) terpaksa berhenti kerja dan menjaga keluarga, dan ini akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi kita.

PSM rasa kecewa dengan sikap Menteri serta Pertubuhan majikan yang dapat melihat betapa pentingnya peranan dan sumbangan sektor pekerja ini namun mereka tidak sedia membayar insentif yang selaras. Sikap yang samalah juga menghalang penggubalan akta gaji minima untuk pekerja negara kita walaupun dituntut untuk begitu lama.

Kita harus sedar bahawa selepas 52 tahun negara merdeka, masih tidak ada akta gaji minima untuk kaum pekerja di Malaysia. Semua sektor pekerja swasta - kilang, ladang, perkhidmatan, pembinaan – terpaksa menerima gaji yang ditetapkan sewenang-wenangnya oleh majikan masing-masing. Kuantum gaji yang dibayar itu amat menindas dan ada di antara RM300 – RM600.

Kerajaan hari dan ini kaum kapitalis sering bercakap mengenai kuasa pasaran bebas namun mereka menggunakan pelbagai taktik untuk memastikan gaji tetap rendah melalui sistem kontrak, pekerja in-formal dan menggalakkan kemasukan pekerja migran murah untuk menjamin situasi gaji tetap rendah dan murah.

PSM berpendirian bahawa sudah tiba masa untuk menghormati sumbangan pembantu rumah, dan membayar gaji yang munasabah selaras dengan kerja mereka. Kami juga rasa sudah tiba masa untuk menggubal akta gaji minima dengan segera. Slogan 1 Malaysia mesti diberi makna. Kaum pekerja harus dapat menikmati ‘gaji munasabah’ dan mempunyai hak berkongsi kekayaan negara. Visi PM untuk menjadikan Malaysia negara pendapatan tinggi boleh bermula dengan langkah pertama ini. Kami percaya pendapatan tinggi yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri 1Malaysia adalah untuk semua golongan termasuk kaum pekerja.

Dikeluarkan

Rani Rasiah

Timbalan Setiausaha Agung (no tel – 019-5638464)

Selasa, 8 September 2009

STOP SEKEJAP

Gua tidak akan up date blog ini dalam masa seminggu. Terlalu bz dengan kerja. InsyaAllah akan kembali sebelum hari raya. Pasti dengan cerita sensasi lebai sadis.

Sosialis Hijau

Tentera Pembebasan adalah juga pejuang kemerdekaan

Dalam "perang kemerdekaan" antara tahun 1948 hingga 1957, tentera PKM menamakan diri mereka sebagai "Tentera Pembebasan Nasional Malaya" (di sini disingkat sebagai "Tentera Pembebasan"), dan yang menjadi lawan mereka ialah "tentera penjajah", sama ada yang datang dari Britain dan negeri Komanwel British yang lain, ataupun askar Melayu yang berkhidmat dengan penjajah.

Tugas Tentera Pembebasan adalah untuk membebaskan Malaya dari penjajahan British, sementara tugas tentera penjajah adalah untuk mempertahankan dan mengekalkan rejim penjajah tersebut.

Walaupun sebahagian anggota Tentera Pembebasan ialah "orang luar" atau bukan warga negara Malaya, tetapi peranan mereka adalah sama dengan orang-orang yang menjadi warga negara Malaysia, iaitu untuk membebaskan Malaya dari cengkaman penjajah British.

Setiap peperangan tentu melibatkan apa yang dikatakan sebagai "keganasan". Ini memang tidak dapat dielakkan. Sekiranya Tentera Pembebasan melakukan pembunuhan, tentera penjajah juga melakukan perkara yang sama. Jadi apakah bezanya antara dua kelompok tentera itu?

Perbezaannya yang asas tentu dari segi matlamat perjuangan mereka. Perjuangan Tentera Pembebasan adalah untuk membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah. Tidakkah ini matlamat perjuangan yang mulia?

Sebaliknya, matamat perjuangan tentera penjajah adalah untuk mengekalkan rejim penjajah atau pemerintah penjajah yang memunggah ekonomi negara ini, di samping meletakkan kedudukan rakyat dalam kedudukan yang rendah dan hina. Adakah perjuangan seperti itu boleh dianggap sebagai perjuangan yang mulia?

Malangnya perjuangan itu dimenangi oleh tentera penjajah. Mereka mendakwa merekalah yang mempertahankan negara ini dari ancaman dan pencerobohan "pengganas komunis". Dan dengan itu berhaklah mereka agaknya mendakwa sebagai wira!

Memang taktik dan perang saraf penjajah untuk mengecap Tentera Pembebasan sebagai pengganas dan bandit. Dan kerana keberkesanan jentera propaganda penjajah, ramailah rakyat biasa yang percaya bahawa Tentera Pembebasan itu memang benar merupakan pengganas yang jahat.

Namun, di saat kita menyambut kemerdekaan tanah air yang ke-52, mungkin ada juga kewajarannya kita merenungkan kembali, betulkah Tentera Pembebasan itu pengganas yang jahat ataupun sebenarnya mereka ialah pejuang kemerdekaan yang tulin?

Saya rasa, sekiranya sejarah mahu bersikap adil dan mahu mengakui apa yang benar, Tentera Pembebasan itu wajar dianggap sebaga pejuang kemerdekaan yang tulin.

Walaupun mereka merupakan orang yang kalah, tetapi peranan mereka dalam perjuangan kemerdekaan, iaitu perjuangan untuk membebaskan negara ini dari cengkaman penjajah adalah penting dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Banyak pihak yang mempercayai, bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan secara perundingan mungkin tidak mudah tercapai, sekiranya pada masa yang sama tidak ada Tentera Pembebasan yang berjuang dengan senjata dari hutan belantara.

Perjuangan Tentera Pembebasan itu penting dari segi memberi tekanan kepada rejim penjajah, kerana dengan adanya perjuangan bersenjata itu kerajaan penjajah British terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang amat besar untuk menghadapiya, yang mungkin tidak mampu mereka pikul secara berterusan.

Dan itulah sebabnya mengapa kerajaan British telah memberi kemerdekaan dengan agak "mudah" kepada pemimpin UMNO, MCA dan MIC yang terdiri daripada orang-orang kelas atasan, yang bersetuju pihak British meneruskan penguasaan ekonominya dan mengekalkan kedudukan tenteranya di negara ini, selepas kemerdekaan itu diberikan.

Oleh itu, walaupun agaknya sudah terlambat, tetapi sudahlah sampainya dan tidak perlu ditangguhkan lagi kita mengiktiraf bahawa Tentera Pembebasan itu adalah juga pejuang kemerdekaan.